Kemudahan awam di Batu 8 dan Taman Fortune perlu tindakan segera

SANDAKAN – Beberapa isu berkaitan penyelenggaraan kemudahan awam di Pasar Umum Batu 8, Pasar Pagi Batu 8 dan Taman Fortune memerlukan tindakan segera pihak berkuasa tempatan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan penduduk.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Chew Kok Woh berkata, beliau turun padang bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Gum-Gum dan Sungai (Sg) Manila bagi meninjau keadaan di kedua-dua pasar tersebut sempena lawatan pertamanya selepas dilantik sebagai Ahli Majlis MPS.

Menurutnya, hasil tinjauan mendapati kawasan tempat makanan di tingkat atas Pasar Umum Batu 8 memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera.

“Selain itu, penjaja tanpa lesen yang berniaga di tepi pasar perlu diambil tindakan sewajarnya atau dipindahkan ke lot-lot perniagaan yang masih kosong di dalam pasar berkenaan,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Beliau turut membangkitkan isu peniaga buah-buahan yang berniaga menggunakan kenderaan di tepi jalan Pasar Pagi Batu 8 kerana didakwa menggunakan ruang parkir awam dan menjejaskan kemudahan pengunjung.

Dalam lawatan sama, Chew turut meninjau aduan mengenai rumput panjang dan keadaan parit yang tidak diselenggara di kawasan Taman Fortune.

Menurut Pemaju Mukim UPPM Sg Manila, Jalie Mohamad, kawasan tersebut merekodkan peningkatan kes demam denggi dan dikenal pasti sebagai lokasi ‘hotspot’ pembiakan nyamuk aedes.

“Saya dimaklumkan bahawa aduan mengenai isu ini telah beberapa kali dikemukakan kepada pihak MPS, namun sehingga kini tindakan penyelenggaraan masih belum dilaksanakan,” katanya.

Beliau turut menerima aduan daripada peniaga berhubung beberapa lampu jalan dan lampu bangunan yang tidak berfungsi.

Sehubungan itu, Chew meminta kerjasama kedua-dua UPPM untuk memantau kawasan masing-masing dan menyediakan laporan bertulis berhubung kerosakan lampu jalan bagi dibawa kepada perhatian Jabatan Kejuruteraan Elektrik MPS.

“Saya juga meminta semua aduan berkaitan dikemukakan secara bertulis supaya dapat dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa MPS untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) UPPM Sg Manila, Mohd Ridhwan Thani; Pemaju Mukim, Rosemary; Pemaju Mukim UPPM Gum-Gum, Manjin; Pemaju Masyarakat, Raidah serta Pemantau MPS Pasar Umum Batu 8, Halimah.

Related Posts

MINDET komited tangani kesesakan Pelabuhan Kontena Sepanggar

KOTA KINABALU – Usaha menangani kesesakan di Pelabuhan Kontena Sepanggar terus menjadi keutamaan kementeriannya dan menunjukkan perkembangan positif selepas beberapa langkah penambahbaikan diperkenalkan. Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga Filipina paling ramai ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

KOTA KINABALU – Warga Filipina merupakan kumpulan terbesar yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Sabah di Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan Ranau apabila seramai 71 daripada keseluruhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor makin rencam, semua blok politik masuk gelanggang dengan luka tersendiri

PRN Johor makin rencam, semua blok politik masuk gelanggang dengan luka tersendiri

MINDET komited tangani kesesakan Pelabuhan Kontena Sepanggar

MINDET komited tangani kesesakan Pelabuhan Kontena Sepanggar

Warga Filipina paling ramai ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

Warga Filipina paling ramai ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

Dakwaan Puad Zarkashi terhadap istana perlu disertakan bukti bukan persepsi – Haniff Hosman

Dakwaan Puad Zarkashi terhadap istana perlu disertakan bukti bukan persepsi – Haniff Hosman

Dewan KRT Kempadang Perdana perlu dinaik taraf segera

Dewan KRT Kempadang Perdana perlu dinaik taraf segera

Dakwa IPTA ‘jual tempat’, ADUN Jitra berdepan pertuduhan di mahkamah

Dakwa IPTA ‘jual tempat’, ADUN Jitra berdepan pertuduhan di mahkamah