Kerajaan teliti kaedah baharu kenal pasti kumpulan sasar bantuan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti pendekatan lebih menyeluruh dan adil dalam menentukan kumpulan sasar bagi pelaksanaan dasar serta bantuan sosial negara menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang meliputi tempoh 2026 hingga 2030.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ketika ini had kelayakan umum bagi bantuan sosial dan kemiskinan masih berpandukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional terkini sebanyak RM2,705 yang ditetapkan pada 2024.

Menurut beliau, pengelasan isi rumah mengikut kategori B40, M40 dan T20 juga masih digunakan sebagai rujukan utama dalam analisis statistik dan pelaksanaan program bantuan sosial.

“Kerajaan sedang mempertimbang kaedah-kaedah penentuan kumpulan sasar yang lebih inklusif dan saksama yang menjadi sebahagian agenda RMK13.

“Langkah ini bagi melengkapkan pengelasan berasaskan pendapatan kasar semata-mata, yang tidak menggambarkan beban kewangan sebenar isi rumah akibat perbezaan lokaliti, demografi dan corak perbelanjaan isi rumah serta kos sara hidup,” katanya dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai tempoh pelaksanaan kelas sosioekonomi baharu yang dicadangkan bagi menggantikan pengelasan B40, M40 dan T20.

Akmal Nasrullah berkata, antara pendekatan yang sedang dipertimbangkan ialah penggunaan Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI), yang dilihat mampu memberikan gambaran lebih tepat mengenai kedudukan kewangan sebenar sesebuah isi rumah.

“Pendekatan NDI melangkaui penilaian pendapatan kasar dengan mengambil kira pendapatan kasar isi rumah yang ditolak potongan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), cukai pendapatan dan zakat.

Selain itu, kaedah ini turut merangkumi kos Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) mengikut lokaliti, demografi dan corak perbelanjaan isi rumah serta harga barangan dan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, PAKW pada masa ini berfungsi sebagai panduan literasi kewangan yang membantu isi rumah merancang perbelanjaan berdasarkan keperluan dan keadaan setempat.

Mengenai pelaksanaan pengelasan baharu itu, beliau menjelaskan kajian lanjut masih diperlukan bagi memastikan data isi rumah yang lengkap dapat diperoleh, sekali gus menjamin keberkesanan pelaksanaan dasar berkenaan seperti yang digariskan dalam RMK13.

Related Posts

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

KOTA KINABALU – Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bukan sahaja bertujuan mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi, malah memastikan manfaat subsidi diesel disalurkan secara lebih adil kepada rakyat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MADANI Mart tertakluk pemantauan dan peraturan sama seperti entiti lain

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan semua entiti yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), termasuk MADANI Mart, tertakluk kepada pemantauan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

Albert Tei ulang sahut cabaran debat, tunggu maklum balas KP JKOM

Albert Tei ulang sahut cabaran debat, tunggu maklum balas KP JKOM

Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

MADANI Mart tertakluk pemantauan dan peraturan sama seperti entiti lain

MADANI Mart tertakluk pemantauan dan peraturan sama seperti entiti lain