PLKN 3.0 berjaya capai KPI – Adly

KUALA LUMPUR – Semua petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 berjaya dicapai dengan kajian impak menunjukkan peningkatan positif dalam enam elemen utama pembentukan modal insan selepas peserta mengikuti latihan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, penilaian KPI itu dilaksanakan menerusi kaji selidik dan kajian impak sebelum dan selepas latihan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurut beliau, setiap pelatih dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus pencapaian dalam enam elemen utama iaitu patriotisme, perpaduan, disiplin dan transformasi diri, ketahanan mental dan kesiapsiagaan, pengetahuan ketenteraan serta semangat kesukarelawanan.

“Secara keseluruhannya, objektif dan KPI ditetapkan telah dicapai dalam semua latihan PLKN 3.0 dan semua indikator menunjukkan peningkatan positif selepas peserta mengikuti latihan berdasarkan dapatan kajian bagi siri kedua tahun ini.

“Pengetahuan ketenteraan menunjukkan peningkatan paling ketara apabila meningkat daripada 56 peratus sebelum latihan kepada 84 peratus selepas latihan iaitu peningkatan sebanyak 27 peratus. Manakala semangat kesukarelawanan meningkat daripada 75 peratus kepada 83 peratus,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen (PH) Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengenai indikator KPI digunakan bagi mengukur pembentukan modal insan peserta PLKN 3.0 serta dapatan terkini kajian keberkesanan program tersebut diperincikan mengikut negeri termasuk Johor.

Mengulas lanjut, Adly berkata, tahap patriotisme peserta meningkat daripada 82 peratus kepada 88.98 peratus selepas latihan, manakala skor perpaduan meningkat sebanyak sembilan peratus.

“Aspek disiplin dan transformasi diri pula meningkat daripada 77.36 peratus kepada 92.6 peratus, sementara ketahanan mental meningkat daripada 71 peratus kepada 83 peratus.

“Walaupun PLKN bukan program latihan pekerjaan, bekas pelatih PLKN 3.0 menerima nilai tambah apabila lima agensi pihak berkuasa melantik bagi sektor awam bersetuju memberikan merit tambahan kepada peserta yang memenuhi syarat semasa proses temu duga dan pengambilan ke perkhidmatan awam,” katanya.

Related Posts

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

PUTRAJAYA – Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam agenda pendigitalan apabila melonjak ke kedudukan ke-13 dunia bagi faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang diterbitkan oleh Institut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

KUALA LUMPUR – Ancaman dadah kekal musuh nombor satu negara, justeru pihak berkuasa terus giat mengambil tindakan daripada pelbagai aspek bagi mengekang masalah itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat