Ahli Parlimen jangan ponteng Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak ponteng daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata, mana-mana Ahli Parlimen yang tidak dapat berada dalam sidang, perlu memaklumkan ketidakhadiran mereka kepada Speaker atau Setiausaha Dewan Rakyat.

“Saya juga memahami terdapat beberapa ahli Yang Berhormat yang tidak dapat hadir atas faktor tertentu seperti urusan rasmi, isu kesihatan, mahupun urusan peribadi.

“Sehubungan itu, saya meminta Yang Berhormat dapat memaklumkan kepada saya atau Setiausaha Dewan Rakyat sekiranya tidak dapat hadir persidangan Parlimen selaras peraturan mesyuarat 91, yang mana ketidakhadiran ini akan dicatitkan dalam penyata rasmi dewan.

“Hal ini bagi memastikan rakyat tidak menganggap Yang Berhormat ponteng semasa sidang Dewan Rakyat,” katanya ketika mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat yang bermula, pada Isnin.

Dalam pada itu, Johari turut merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, atas pemergian suaminya, Datuk Kamil Misuari, pada Khamis lalu.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat atas pemergian suami pada Khamis.

“Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman,” katanya.

Beliau juga mendoakan kesihatan serta kesejahteraan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) dan isterinya yang sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Media sebelum ini melaporkan, kenderaan dinaiki Zulkifli bersama isteri terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jelatang di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, awal pagi, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi ketika Zulkifli yang memandu Nissan Teana bersama isteri dalam perjalanan ke Selangor untuk menghadiri program Muslimat.

Related Posts

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

KANGAR – Cubaan membawa masuk sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka terkandas ketika air surut di perairan Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura berusaha memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan menerusi pelbagai inisiatif termasuk peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pertukaran guru. Menteri Pendidikan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24