Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

SIK – Selepas 11 hari dilaporkan hilang, seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia di kawasan kebun getah di FELDA Teloi Timur di sini hari ini.

Mayat lelaki terbabit, Asmadi Ibrahim, 58, dijumpai berhampiran motosikalnya kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut anaknya, Nurul Atirah Nadira, 23, yang menetap di Kuala Lumpur, dia menerima panggilan daripada penduduk kampung memaklumkan mengenai penemuan mayat bapanya kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Memang terkejut dan sedih, namun saya reda ayah sudah tiada. Tidak sangka hari ini dapat perkhabaran ayah sudah ditemui. Saya tidak sabar hendak jumpa ayah meskipun hanya jasadnya yang sudah tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Atirah berkata, sepanjang tempoh 11 hari ini, dia tidak senang duduk kerana risau keadaan bapanya itu.

“Dalam tempoh pencarian, beberapa masjid juga mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat supaya usaha pencarian dipermudahkan,” katanya.

Media pada 13 Jun lalu melaporkan seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah setelah keluar mencari rumput untuk kambingnya di FELDA Teloi Timur pada 10 Jun lalu.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX