Maszlee, Suhaizan taruhan utama PH di PRN Johor

JOHOR BAHRU –  Percaturan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin menjadi perhatian apabila beberapa nama berprofil tinggi mula disebut sebagai antara tokoh yang berpotensi menerajui kerajaan negeri sekiranya gabungan itu berjaya memperoleh mandat.

Di sebalik rundingan pembahagian kerusi yang dikatakan hampir dimuktamadkan, nama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kembali menjadi antara individu yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor.

Sumber memaklumkan, nama Maszlee sekali lagi menjadi antara pertimbangan dalam percaturan kepimpinan PH menjelang PRN kali ini meskipun tewas kepada calon UMNO yang kini Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang.

“Bagaimanapun pencalonan beliau bukan diterima sebulat suara, terdapat pandangan berbeza dalam kalangan parti komponen PH mengenai kesesuaian beliau untuk diketengahkan sebagai calon Menteri Besar.

“Sebagai bekas Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, ada yang berpandangan pengalaman Maszlee memberi kelebihan dalam menarik sokongan pengundi.” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Namun katanya, terdapat juga pihak beranggapan PH memerlukan pemimpin yang mempunyai penerimaan lebih meluas dalam kalangan parti komponen serta jentera akar umbi.

Sementara itu, sumber berkata, Pengerusi Amanah Johor,  Aminolhuda Hassan tidak akan bertanding pada PRN Johor kali ini bagi memberi ruang kepada beberapa tokoh berpengalaman termasuk Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat

Beliau memaklumkan, Suhaizan yang  berada dalam senarai calon yang berkemungkinan diturunkan di DUN Larkin itu dilihat mempunyai pengalaman pentadbiran serta pengaruh dalam organisasi parti di peringkat negeri.

“Pada masa sama, beliau pernah berkhidmat sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Johor sebelum memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada September 2023.

“Setakat ini PKR dijangka pertauh 20 calon manakala Amanah 19 calon dan DAP 17 kerusi namun rundingan kali terakhir antara parti komponen masih berlangsung sebelum ia diumumkan oleh (Pengerusi PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara kerusi yang menjadi tumpuan dalam rundingan itu ialah Pemanis, Layang-Layang, Puteri Wangsa, Kempas dan Bukit Naning,” katanya.

Tambahnya, kerusi DUN Puteri Wangsa pula dilihat menjadi lambang persefahaman antara parti komponen PH apabila Amanah bersetuju menyerahkan kerusi itu kepada PKR.

“Walaupun sebelum ini Amanah berhasrat untuk kembali bertanding di kawasan itu susulan perubahan pendirian Muda terhadap Kerajaan Perpaduan, namun parti itu berbesar hati memberi laluan kepada PKR.

“PH ketika ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada strategi pilihan raya, malah sedang menyusun semula struktur kepimpinan negeri bagi menghadapi saingan dengan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Apa yang pasti, keputusan mengenai calon yang bakal diketengahkan bukan sekadar menentukan siapa akan bertanding, malah berpotensi mencorakkan kepimpinan Johor sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRN nanti.

Related Posts

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

IPOH – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, kembali menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas hampir enam tahun meninggalkan parti itu susulan kemelut politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar umum calon PH PRN Johor di Bukit Gambir esok

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bukit Gambir, Tangkak, pada esok Anwar berkata, beliau akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin

RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin