Program RISE x Tamu 2026 tumpu Sektor Ketiga RMK13

KUANTAN – Pengerusi Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) yang juga Ketua Wanita PKR Pahang, Sridayu Samsuri, diberi penghormatan sebagai panelis dalam Sidang Plenari bertajuk “RMK13: Pemberdayaan Sektor Ketiga” di program RISE x Tamu 2026.

Program yang berlangsung dari 19 hingga 21 Jun 2026 di Kota Bharu, Kelantan itu dianjurkan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG).

Sridayu berkata, sesi plenari itu memberi tumpuan khusus kepada pemerkasaan Sektor Ketiga dalam memantau dasar serta pelan negara bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

“Antara fokus utama dibincangkan termasuk menyelaraskan perusahaan sosial berasaskan komuniti dengan visi RMK-13 bagi memacu ekonomi sosial.

“Selain itu, sesi tersebut turut menekankan pendekatan ‘memanusiakan perusahaan’ di samping menangani isu-isu sosial di peringkat akar umbi,” katanya.

Sebagai peneraju WINK dan pemimpin Wanita PKR Pahang, kehadiran beliau pada pentas nasional itu penting dalam membawa suara komuniti wanita serta kelompok rentan dalam merangka hala tuju ekonomi sosial negara.

Penglibatan aktif ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Wanita PKR dalam menyokong agenda pembangunan lestari dan pemerkasaan ekonomi komuniti.

Program RISE x Tamu SDG 2026 Zon Pantai Timur adalah satu gabungan strategik antara Persidangan Memperkasa Komuniti, Menampilkan Impak (RISE) dan Karnival Keusahawanan Berasaskan Komuniti (TAMU SDG).

Inisiatif berimpak tinggi ini turut mendapat sokongan penuh daripada Koperasi Matlamat Pembangunan Lestari Berhad, PRS-MPL, MySDG Centre for Social Inclusion dan Akademi MySDG.

Program RISE x Tamu 2026 digerakkan demi mencapai empat objektif utama, iaitu pembinaan kapasiti Rakan Solusi APPGM-SDG, pemerkasaan Sektor Ketiga dalam RMK-13, pembentukan jaringan rakan kongsi strategik untuk latihan dan penskalaan, serta penyediaan platform TAMU SDG sebagai akses pasaran bagi produk komuniti.

Related Posts

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

SIK – Selepas 11 hari dilaporkan hilang, seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia di kawasan kebun getah di FELDA Teloi Timur di sini hari ini. Mayat lelaki terbabit,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

BINTULU – Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan status Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak pada Ahad bagi menunaikan komitmen yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).   Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin

RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin