Usahawan tani digalak manfaat platform digital, media sosial pasarkan produk pertanian

TAWAU – Usahawan tani di negeri ini digalakkan memanfaatkan platform digital dan media sosial bagi mempromosikan serta memasarkan produk pertanian tempatan secara lebih meluas.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, dalam era Revolusi Industri 5.0, ekonomi gig menjadi satu perkara yang sangat penting agar usahawan tani tidak bergantung penjualan secara konvensional.

“Mereka boleh memperkasakan pengetahuan dalam bidang digital supaya mereka dapat memanfaatkan kemudahan yang ada serta menjadi ‘influencer’ dalam memasarkan produk mereka sendiri.

“Ini sekali gus memperkenalkan kawasan gerai jualan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM )Tawau sebagai destinasi utama untuk orang ramai termasuk pelancong mendapatkan hasil pertanian, ” katanya kepada media selepas perasmian gerai jualan TKPM Tawau, di Batu 13, pada Ahad.

Mengenai harga jualan produk tani itu, Nizam berkata ia berpatutan selari dengan nilai sayuran dan buah-buahan yang segar, berkualiti dan dituai dari ladang TKPM.

“Kawasan berkenaan juga akan berada di bawah pemantauan Jabatan Pertanian dan insya-Allah semua produk yang dijual adalah hasil daripada TKPM termasuk usaha mengatasi isu peniaga di tepi jalan yang berisiko terhadap kemalangan.

“Cadangan penambah baikkan serta menyediakan pusat penyimpanan buah-buahan dan sayur-sayuran turut dipertimbangakan bagi memastikan persekitaran lebih selesa,” jelasnya.

Nizam turut menyifatkan inisiatif 10 gerai itu dijangka memberi nilai tambah kepada program-program yang dilaksanakan TKPM Tawau selain membantu pengusaha pertanian memasarkan hasil tanaman mereka dengan mengurangkan kos pemasaran.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Datuk Jifrin Mohamad dan Pemangku Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Mohd Shoffian Mohd Said.

Related Posts

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam. Setiausaha Kerajaan Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit