Tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA untuk kebajikan pengamal media

BUTTERWORTH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA bagi memperkukuh kebajikan pengamal media di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan itu disalurkan bagi tahun 2026 susulan kejayaan tabung berkenaan membantu ratusan pengamal media yang memerlukan sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini seramai 773 pengamal media di seluruh negara telah menerima bantuan menerusi tabung berkenaan dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM2.26 juta.

“Jadi, kerana kejayaan ini, atas semangat ihsan dan kasih, maka Tabung Kasih@HAWANA untuk tahun 2026 ini, kita peruntukkan tambahan RM1 juta,” katanya.

Tabung Kasih@HAWANA dilancarkan sempena sambutan HAWANA 2023 bagi membantu pengamal media dan bekas pengamal media yang berdepan kesulitan termasuk membabitkan bantuan kewangan, kos rawatan perubatan, kebajikan keluarga serta bentuk sokongan lain.

Majlis Kemuncak HAWANA 2026 yang bertemakan “Media Berintegriti, Teras Kredibiliti” menghimpunkan lebih 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Datuk Bahria Mohd. Tamil.

Hadir sama Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai; Ketua Pegawai Eksekutif Bernama merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2026, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.

Majlis berkenaan turut disertai delegasi media dari Timor-Leste, Kemboja dan Laos.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok