KOSMA kekal raih untung konsisten

KUANTAN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) terus merekodkan peningkatan keuntungan secara konsisten meskipun berdepan pelbagai cabaran ekonomi semasa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu mencerminkan kekuatan model perniagaan koperasi yang diurus secara berkesan serta berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan landskap ekonomi yang dinamik.

“Alhamdulillah, berdasarkan laporan tahunan yang saya lihat, KOSMA terus mempamerkan prestasi yang sangat membanggakan.

“Dalam keadaan ekonomi yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan, koperasi ini masih mampu mengekalkan momentum pertumbuhan serta merekodkan peningkatan keuntungan secara konsisten.

“Lebih membanggakan, sektor perladangan yang menjadi teras utama aktiviti perniagaan KOSMA terus menunjukkan kekuatan apabila berjaya menjana pendapatan sebanyak RM295.19 juta pada tahun 2024,” katanya, seperti dilapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan KOSMA kali ke-41 di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, di sini, hari ini.

Turut hadir barisan Exco Kerajaan Pahang dan Pengerusi KOSMA, Datuk Zamri Mohamed.

Wan Rosdy berkata, kejayaan dicapai bukan sahaja dapat dilihat menerusi angka keuntungan, malah turut memberi manfaat secara langsung kepada anggota koperasi.

“Bagi tahun kewangan 2024, anggota KOSMA menerima agihan yang amat baik, melibatkan dividen sebanyak 55 peratus atas modal syer, serta keuntungan unit ladang sebanyak RM5,000 seunit.

“Manakala bagi tahun 2025, prestasi lebih baik telah membolehkan keuntungan unit ladang meningkat kepada RM6,000 seunit, sementara agihan dividen modal syer pula tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia,” katanya.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali