Agihan kerusi hadapi PRU di Sabah akan dibincang kemudian

KOTA KINABALU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud memaklumkan keputusan mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan dibincangkan kemudian.

Beliau berkata, kenyataan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai hasrat untuk bertanding di 25 kerusi Parlimen merupakan pandangan awal yang wajar dihormati, namun keputusan muktamad masih belum dibuat.

“Selagi belum diputuskan saya fikir masing-masing boleh mengutarakan pandangan masing-masinglah berapa kerusi yang mereka mahu bertanding. Itu pandangan mereka tapi akhirnya nanti akan ada perbincangan-perbincangan.

“Tapi akhirnya kita kena praktikal juga di Sabah ini terutamanya bahawa zaman sekarang ini untuk satu-satu parti memonopoli sesuatu Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah tidak realistik,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat, di Kampung Darau Laut, di sini pada Sabtu.

Menurut Mustapha, kerjasama antara parti-parti politik di peringkat Persekutuan dan negeri amat penting bagi memastikan kestabilan politik serta pentadbiran yang berkesan di Sabah.

Mengulas hubungan antara PH dan GRS menjelang PRN, beliau berkata, kerjasama kedua-dua pihak setakat ini berjalan dengan baik memandangkan PH juga merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Setakat ini alhamdulillah berjalan baik dan kita juga sebenarnya sebahagian daripada kerajaan negeri. Jadi hubungan itu amat baik,” katanya.

Mengulas mengenai kempen yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama beberapa agensi lain, Mustapha berkata, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan siber, khususnya dalam kalangan ibu bapa dan golongan muda.

Katanya, ancaman seperti buli siber, penipuan dalam talian dan penggodaman semakin membimbangkan, justeru masyarakat perlu diberi pendedahan mengenai langkah pencegahan bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah siber.

“Objektif utama ialah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan juga anak-anak kita tentang keselamatan siber sebab seperti yang kita sedia maklum, sekarang ini banyak kes-kes seperti siber buli, scam, penggodaman yang berlaku semasa kita melayari internet,” katanya.

Tambahnya, pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk membawa pakar dan pempamer bagi berkongsi maklumat serta mempamerkan kaedah pencegahan jenayah siber kepada masyarakat.

Menurutnya lagi, MCMC turut melaksanakan program kesedaran di sekolah-sekolah di Sabah pada tahun lalu kerana pendidikan awal kepada generasi muda amat penting dalam membentuk masyarakat yang lebih celik dan berwaspada terhadap ancaman siber.

“Saya mohon kepada semua pengguna-pengguna internet kita supaya berhati-hati dan kena sentiasa, satunya sumber maklumat itu perlu dipastikan sahih.

“Jangan mendedahkan apa-apa maklumat sulit peribadi kita di dalam medium internet ini, di dalam maya ini sebab ini akan digunakan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dan kita tidak mahu rakyat Sabah terutamanya terlibat,” tegasnya.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak