Jangan buat spekulasi penemuan mayat lelaki di belakang kedai buku – Polis



TAWAU – Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis berkaitan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan belakang premis buku di Batu 3, Jalan Apas, petang Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Mangsa anggaran umur 50-an itu sudah dikenal pasti oleh ahli keluarga yang hadir membuat pengecaman di Unit Forensik Hospital Tawau.

“Menurut waris, si mati mempunyai sejarah penyakit tibi dan Asma,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Wilynton, kira-kira pukul 2. 08 petang, Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Tawau menerima panggilan berhubung penemuan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di tepi jalan.

“Pasukan perubatan yang hadir ke lokasi kemudiannya mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan awal yang dijalankan oleh pihak polis mendapati tiada sebarang kecederaan, kesan pergelutan atau unsur-unsur jenayah pada tubuh badan si mati.

“Pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian juga tidak menemukan sebarang petunjuk yang mencurigakan,” ujarnya.

Tambahnya, bedah siasat dijadualkan dijalankan pada esok (Sabtu) bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Azwan Asis di talian 018-919 1618 atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Wan Amran di talian 019-470 143.

Related Posts

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menegaskan keunikan kepelbagaian budaya dan agama terus menjadi tunjang utama kepada kekuatan perpaduan rakyat di Sarawak. Ahli Parlimen Mukah itu berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga Vietnam dipenjara lapan bulan, ceroboh Hutan Simpan Belum tanpa permit

GERIK – Empat lelaki warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Belum tanpa kebenaran pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak

Empat warga Vietnam dipenjara lapan bulan, ceroboh Hutan Simpan Belum tanpa permit

Empat warga Vietnam dipenjara lapan bulan, ceroboh Hutan Simpan Belum tanpa permit

SFA bincang isu operasi, cadang penambahbaikan Pelabuhan Sandakan

SFA bincang isu operasi, cadang penambahbaikan Pelabuhan Sandakan

Sabah catat sejarah ITP, Laran berjaya dituai secara komersial

Sabah catat sejarah ITP, Laran berjaya dituai secara komersial

Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

Cunha, Vini Jr bantu Brazil tewaskan Haiti 3 – 0

Cunha, Vini Jr bantu Brazil tewaskan Haiti 3 – 0