20 penduduk orang asli terperangkap selepas tiga jambatan runtuh akibat kepala air

GOPENG – Fenomena kepala air susulan hujan lebat berterusan pada Jumaat menyebabkan tiga jambatan runtuh, sekali gus memutuskan hubungan jalan utama ke beberapa penempatan Orang Asli di Ulu Kepayang dan Kampung Ulu Geruntum, Kuala Razila di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.29 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi.

Menurut beliau, arus deras akibat kejadian kepala air telah menyebabkan jambatan utama yang menjadi laluan penduduk Orang Asli runtuh.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 20 penduduk termasuk kanak-kanak, bayi, warga emas dan seorang wanita hamil terperangkap di kediaman masing-masing.

“Bagaimanapun, kesemua mereka berada dalam keadaan selamat serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, seramai 30 penduduk yang keluar bekerja tidak dapat pulang ke rumah berikutan laluan terputus dan ditempatkan sementara di Gopeng Highlands Resort sehingga keadaan kembali selamat.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.55 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan berkala akan diteruskan sehingga keadaan kembali pulih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, satu perbincangan melibatkan agensi berkaitan akan diadakan pada Sabtu bagi menyelaras tindakan susulan serta bantuan kepada penduduk terjejas.

Menurutnya, setakat ini laluan utama ke Kampung Ulu Kepayang dan Kampung Ulu Geruntum masih tidak boleh dilalui berikutan kerosakan yang berlaku.

“Difahamkan masih terdapat penduduk di kedua-dua kampung berkenaan yang tidak dapat keluar dari kawasan tersebut, namun jumlah sebenar mereka yang terjejas masih belum dapat dipastikan.

“Dalam kejadian ini, sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza milik penduduk turut dihanyutkan arus deras,” katanya.

Beliau berkata, kebajikan mangsa yang terjejas termasuk penyediaan makanan dan minuman sedang diuruskan oleh pihak pengurusan resort yang menempatkan penduduk terbabit sementara waktu.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan yang menyebabkan paras air sungai meningkat mendadak sebelum menghasilkan fenomena kepala air dan mengakibatkan kerosakan serius terhadap infrastruktur di kawasan berkenaan.

Related Posts

Jangan buat spekulasi penemuan mayat lelaki di belakang kedai buku – Polis

TAWAU – Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis berkaitan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan belakang premis buku di Batu 3, Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima buah kampung di Mukah sambut anak angkat

MUKAH – Hubungan silaturahim antara golongan muda dari seluruh Sarawak dengan masyarakat luar bandar Mukah mula terjalin erat menerusi Majlis Penyerahan Anak Angkat Program Bakti Belia MADANI 2026 yang berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

Cunha, Vini Jr bantu Brazil tewaskan Haiti 3 – 0

Cunha, Vini Jr bantu Brazil tewaskan Haiti 3 – 0

Jangan buat spekulasi penemuan mayat lelaki di belakang kedai buku – Polis

Jangan buat spekulasi penemuan mayat lelaki di belakang kedai buku – Polis

Bersatu dilihat terkapai-kapai tanpa Pas menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan

Bersatu dilihat terkapai-kapai tanpa Pas menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan

Lima buah kampung di Mukah sambut anak angkat

Lima buah kampung di Mukah sambut anak angkat

Terima dengan hati terbuka calon PH PRN Johor

Terima dengan hati terbuka calon PH PRN Johor