Dua wanita maut kemalangan MPV, kereta

KUANTAN – Dua wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Axia di Jalan Besar Jengka 19, berhampiran sebuah kolam pancing dekat Jengka, petang semalam.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang meninggal dunia dipercayai dua beradik berusia 19 dan 23 tahun.

Menurutnya, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.47 petang.

“Bertindak atas panggilan yang diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 26 kilometer dari balai.

“Ketika anggota tiba, didapati kedua-dua mangsa tersepit di dalam MPV jenis Toyota Unser yang terbalik dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan,” katanya.

Mohd Salahuddin berkata, mangsa yang berada di dalam kereta jenis Perodua Axia tidak dapat dikenal pasti kerana telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kenderaan yang terbalik dengan menggunakan peralatan khas menyelamat.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok