Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

PUTRAJAYA – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diingatkan untuk merenung kembali realiti dan sejarah politik Johor yang membuktikan bahawa gelaran ‘poster boy’ bukan jaminan seseorang itu akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, rekod Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini jelas menunjukkan bahawa naratif calon utama atau wajah kempen tidak semestinya menjadi penentu kepada siapa akhirnya diberi amanah untuk mentadbir negeri.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) pada PRN 2022 telah menampilkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Ir. Hasni Mohammad sebagai ‘poster boy’, namun keputusan akhirnya menyaksikan Onn Hafiz sendiri dipilih untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor.

“Justeru, apabila Datuk Onn Hafiz hari ini begitu mendesak PH menamakan calon Menteri Besar, rakyat tentunya berhak bertanya sama ada beliau benar-benar bercakap tentang hak rakyat untuk tahu.

“Atau sekadar cuba mencipta polemik politik yang beliau sendiri akui bukan penentu pelantikan Menteri Besar,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Onn Hafiz yang memaklumkan kedudukan sebagai ‘poster boy’ atau watak utama mewakili kempen sesebuah parti dalam pilihan raya bukanlah jaminan untuk dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya berjaya membentuk kerajaan baharu.

Pada masa sama, pemimpin UMNO itu mempersoalkan siapakah calon Menteri Besar yang akan ditampilkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, PH tidak mahu menjadikan isu jawatan Menteri Besar sebagai fokus utama kempen kerana keutamaan gabungan itu adalah membentangkan dasar serta tawaran yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut beliau, PH menyatakan komitmen menghormati sepenuhnya Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 serta kuasa Sultan Johor dalam melantik Menteri Besar sekiranya gabungan itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas PRN Johor.

“Apa yang menghairankan, beliau mendesak PH mengumumkan calon Menteri Besar kerana kononnya rakyat berhak tahu. Namun pada masa yang sama, turut menyatakan bahawa status ‘poster boy’ bukan jaminan seseorang akan menjadi Menteri Besar.

“Jadi yang mana satu sebenarnya? Jika pelantikan Menteri Besar akhirnya tertakluk kepada proses dan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, mengapa isu ini dijadikan polemik politik oleh beliau?

“Pakatan Harapan (PH) menghormati sepenuhnya Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan kuasa Sultan Johor dalam melantik Menteri Besar. Sebab itu kami tidak terlalu ghairah bermain politik persepsi atau menjadikan isu jawatan sebagai modal kempen,” katanya.

Dr Zaliha berkata, PH mempunyai ramai pemimpin yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memikul tanggungjawab mentadbir negeri sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

Katanya, rakyat lebih memerlukan penjelasan mengenai perancangan masa depan negeri bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Bagi PH, fokus kami kekal sama. Kami akan terus turun bertemu rakyat, mendengar masalah mereka dan menawarkan dasar serta penyelesaian yang mampu meningkatkan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan memacu ekonomi Johor ke hadapan.

“Rakyat Johor lebih berminat untuk mengetahui bagaimana masa depan mereka boleh diperbaiki, bukan siapa yang paling sibuk bermain politik persepsi,” katanya.

Related Posts

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

BUTTERWORTH – Kerjasama lebih erat antara pengamal media di negara-negara ASEAN perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan pelaporan yang tepat dan seimbang, selain membantu menangani penularan maklumat palsu yang semakin mencabar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

BUTTERWORTH – Kementerian Komunikasi memberi jaminan akan terus mempertahankan peluang pekerjaan wartawan di negara ini meskipun industri media berdepan pelbagai cabaran termasuk perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos