Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

LANGKAWI – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) ditahan bersama empat nelayan warga Thailand dalam satu operasi di Tanjung Chinchin di sini pada Khamis kerana disyaki melanggar syarat penangkapan ikan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, penahanan dilakukan ketika pasukan penguat kuasa menjalankan rondaan rutin menerusi Op Aman, Op Tiris 4.0 dan Op Khas Tanjung 2 Siri 1/2026.

Beliau berkata, vesel berkenaan ditahan kira-kira jam 11.40 pagi pada kedudukan lebih kurang 9.4 batu nautika di barat Tanjung Chinchin.

“Hasil pemeriksaan mendapati, vesel berkenaan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika,” jelas beliau.

Menurutnya, anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM320,000 membabitkan vesel dan barang kes.

Katanya, kru yang ditahan dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Kedah Perlis untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang didapati melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

“Sekiranya terdapat sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai diminta melaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera,” katanya.

Related Posts

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

LIMBANG – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran terus memperkukuh pentadbiran dan lebih kreatif memacu ekonomi setempat bagi mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global