SFA bincang isu operasi, cadang penambahbaikan Pelabuhan Sandakan

SANDAKAN – Persatuan Agen Penghantaran Sandakan (SFA) mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Sandakan bagi membincangkan beberapa isu operasi semasa serta cadangan penambahbaikan perkhidmatan demi manfaat pengguna pelabuhan dan industri logistik.

Pengerusinya, Chong Thien Ming berkata, beliau bersama ahli jawatankuasa persatuan mengadakan pertemuan dengan Pengurus Pelabuhan Sandakan, Hayati Md Enarji bagi menyampaikan beberapa isu yang memerlukan perhatian serta cadangan untuk meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan.

“Antara perkara yang dibangkitkan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) tambahan bagi memperkukuh pelbagai aspek sepertikeselamatan pengguna dan kemudahan pelabuhan.

“Selain itu, penggunaan sepenuhnya jambatan timbang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas serta penyelenggaraan peralatan pengendalian kontena bagi memastikan operasi berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Chong berkata, pihaknya menghargai komitmen dan tindakan pantas pengurusan pelabuhan dalam menangani isu yang dibangkitkan oleh pemain industri.

Menurutnya, pemantauan serta penyelenggaraan berterusan terhadap jentera dan peralatan pelabuhan amat penting bagi mengurangkan risiko kerosakan serta memastikan perkhidmatan kepada pengguna tidak terganggu.

“Kerjasama erat antara pihak industri dan pengurusan pelabuhan perlu diteruskan bagi memastikan Pelabuhan Sandakan kekal cekap, selamat dan berdaya saing,” katanya.

Tambahnya, lawatan itu mencerminkan komitmen berterusan antara SFA dan Pelabuhan Sandakan dalam memperkukuh kerjasama ke arah meningkatkan kecekapan operasi, keselamatan serta kualiti perkhidmatan demi kemajuan industri logistik dan penghantaran barang di daerah ini.

Sementara itu, Hayati memberi jaminan bahawa semua perkara yang dibangkitkan akan diteliti dan diambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan kesesakan serta meningkatkan kecekapan operasi di kawasan pelabuhan.

Beliau turut memaklumkan Gudang B telah siap dirobohkan sepenuhnya dan kawasan berkenaan dijangka mula beroperasi sebagai kawasan simpanan kontena menjelang Julai ini.

Menurutnya, ibu pejabat kini dalam proses memperoleh aset dan peralatan baharu bagi memperkukuh operasi pelabuhan serta menyokong pertumbuhan sektor logistik pada masa hadapan.

Related Posts

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah. SPRM Kedah menerima aduan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

GERIK – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian Trans GBB (Gunung Gerah, Bilah dan Bieh) yang dilaporkan hilang diperluaskan hari ini dengan menggerakkan aset darat, air dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa