Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

BEBERAPA negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing di sebalik perjanjian gencatan senjata yang dimeterai.

Dalam sesi taklimat khas UNSC mengenai Palestin, perwakilan dari Pakistan, China, United Kingdom (UK) dan Rusia sebulat suara mendesak Israel membenarkan akses kemanusiaan tanpa sebarang sekatan, manakala Amerika Syaikat (AS) sebaliknya menuding jari kepada Hamas sebagai punca penderitaan berpanjangan orang awam.

Utusan PBB Pakistan, Asim Iftikhar Ahmad, menegaskan bahawa siri pencabulan gencatan senjata dan kemerosotan tahap kemanusiaan kekal kritikal meskipun selepas Resolusi 2803 diluluskan.

“Rakyat awam terus berdepan penderitaan yang amat besar merangkumi pembunuhan, kebuluran, pengusiran paksa, serta masa depan yang tidak menentu. Lebih 90 peratus populasi Gaza kini menjadi pelarian, manakala hanya separuh daripada hospital di sana yang masih berfungsi sebahagiannya.

“Isi teras di sini ialah tindakan Israel yang sengaja melengah-lengahkan dan menolak kemasukan bantuan kemanusiaan secara sewenang-wenangnya. Ini adalah pelanggaran nyata terhadap obligasi kuasa penjajah di bawah perundangan antarabangsa,” katanya.

Amaran sama turut disuarakan oleh Utusan PBB China, Fu Cong, yang mendedahkan bahawa operasi ketenteraan Israel dilaporkan telah meragut hampir 1,000 nyawa rakyat Palestin sejak perjanjian gencatan senjata dicapai pada Oktober lalu.

Fu Cong turut menzahirkan kebimbangan besar berhubung tindakan Israel yang terus meluaskan penguasaan ketenteraannya, termasuk ancaman rejim untuk menguasai sehingga 70 peratus wilayah Gaza secara keseluruhan.

“Kami menggesa Israel menarik balik semua sekatan ke atas barangan keperluan, memastikan semua pintu lintasan dibuka sepenuhnya, serta menjamin serahan bantuan makanan, ubat-ubatan, bahan api, dan khemah perlindungan yang amat diperlukan,” tegas beliau.

Sementara itu, Kuasa Usaha UK, James Kariuki, menyatakan pihak London amat terkejut dengan rakaman video yang memaparkan tindakan kejam tentera Israel menembak mati seorang bayi berusia tujuh bulan di Hebron pada 5 Jun lalu dan menuntut akauntabiliti penuh ditegakkan.

Bagi pihak Rusia, Timbalan Wakil Tetap bagi Hal Ehwal Politik, Anna Evstigneeva, menyifatkan Gaza sebagai “malapetaka kemanusiaan yang kian membusuk” dan menegaskan bahawa penyaluran bantuan kecemasan sama sekali tidak boleh dijadikan pertaruhan atau syarat untuk memenuhi tuntutan politik.

Bagaimanapun, suasana mesyuarat bertukar kontroversi apabila Timbalan Utusan PBB AS, Tammy Bruce, mempertahankan sekutu kuatnya dengan mendakwa bahawa punca utama krisis di Gaza adalah disebabkan faktor politik dan bukannya masalah logistik.

“Masalah utamanya ialah kumpulan pengganas yang menawan penduduk Gaza sebagai tebusan, dengan harapan mereka dapat melepaskan diri daripada komitmen untuk melucutkan senjata,” dakwanya merujuk kepada pergerakan pejuang Hamas.

Related Posts

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

KAZAN – Malaysia menyambut positif memorandum persefahaman (MoU) perjanjian damai yang dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, dengan harapan ia dapat membuka lembaran baharu ke arah keamanan dan kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghargai pendirian Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden China, Xi Jinping yang menyokong usaha keamanan serta mengutuk kekejaman terhadap rakyat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes fitnah sivil terhadap aktivis Rohingya sukar dilaksanakan, berdepan cabaran undang-undang

Kes fitnah sivil terhadap aktivis Rohingya sukar dilaksanakan, berdepan cabaran undang-undang

BSMM Miri–Maxim jalin kerjasama mobiliti sukarelawan dan penderma darah

BSMM Miri–Maxim jalin kerjasama mobiliti sukarelawan dan penderma darah

Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

  • By Siti
  • June 19, 2026
Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

UNIMAS perkasa bakat saintis muda Sarawak menerusi program STEM

UNIMAS perkasa bakat saintis muda Sarawak menerusi program STEM

Bekas pemimpin Bersatu persoal Muhyiddin, dakwa kesetiaan tidak dihargai

Bekas pemimpin Bersatu persoal Muhyiddin, dakwa kesetiaan tidak dihargai

Tahfiz bukan lagi laluan terhad, kerajaan bentuk Majlis Tahfiz Negara

Tahfiz bukan lagi laluan terhad, kerajaan bentuk Majlis Tahfiz Negara