BSMM Miri–Maxim jalin kerjasama mobiliti sukarelawan dan penderma darah

MIRI – Syarikat e-hailing, Maxim Malaysia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Miri bagi menyediakan sokongan pengangkutan percuma untuk melancarkan pelbagai program kemanusiaan.  

Majlis menandatangani MoU dan penyerahan cek replika itu disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin.  

Kerjasama tersebut membolehkan Maxim menawarkan kemudahan perjalanan percuma kepada penerima manfaat, sukarelawan, penderma darah dan kakitangan yang terlibat dalam aktiviti anjuran BSMM Miri.  

Pada masa sama, syarikat terbabit merancang pelaksanaan akaun pengangkutan korporat khas bagi memudahkan pergerakan BSMM Miri yang turut mengendalikan Pusat Dialisis Buah Pinggang, Pusat Sunflower untuk orang kurang upaya (OKU) serta pelbagai perkhidmatan lain. 

Terdahulu, sebelum majlis rasmi berkenaan, kedua-dua pihak turut menganjurkan kempen derma darah bersempena dengan Hari Penderma Darah Sedunia yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang awam.  

Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, kemudahan mobiliti mampu memperkasa komuniti dan meningkatkan kualiti kehidupan.  

“Kerjasama ini membolehkan kami memperluas perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan, di samping menggalakkan kakitangan dan rakan pemandu untuk menyumbang kepada usaha kemanusiaan yang bermakna,” katanya.  

Sementara itu, Pengerusi BSMM Miri, Dr Mohd Arif Abdullah menjelaskan pengangkutan yang boleh dipercayai amat penting bagi memastikan kelancaran pelbagai program seliaan mereka, termasuk pengurusan pesakit dan tindak balas kecemasan.  

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali