Penantian lebih 50 tahun berakhir, Kerajaan MADANI lulus RM80.5 juta atasi banjir Teluk Intan

TELUK INTAN – Penantian lebih setengah abad penduduk Teluk Intan untuk menikmati penyelesaian menyeluruh terhadap masalah banjir akhirnya berakhir apabila Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan sebanyak RM80.5 juta bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Intan Zon A Fasa 2.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata, kelulusan projek berimpak tinggi itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat terus menjadi keutamaan.

Beliau berkata, selepas lebih 50 tahun menunggu, penduduk Teluk Intan akhirnya bakal menikmati penyelesaian menyeluruh terhadap masalah banjir menerusi pelaksanaan RTB Zon A Fasa 2.

“Ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” katanya ketika lawatan ke tapak projek di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Hilir Perak, Mufidah Mahfodz dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Mohd Faizal Md Kasim.

Menurut Kor Ming, projek RTB pintar berkenaan bukan sahaja berfungsi mengurangkan risiko banjir yang sekian lama menghantui penduduk setempat, malah akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan rekreasi moden yang memberi nilai tambah kepada komuniti.

Katanya, projek tersebut melibatkan pembinaan infrastruktur tebatan banjir sepanjang 5.65 kilometer bagi menghalang limpahan air Sungai Perak ke kawasan Bandar Teluk Intan dan kawasan sekitarnya yang sering terdedah kepada risiko banjir.

Ujarnya, walaupun RTB Fasa 1 yang siap pada tahun 2019 berjaya mengurangkan impak banjir di beberapa kawasan, masih terdapat lokasi yang terjejas akibat fenomena air pasang dan limpahan sungai.

“Pelaksanaan Fasa 2 ini akan melengkapkan keseluruhan sistem tebatan banjir dengan jajaran kira-kira tujuh kilometer, sekali gus menyelesaikan isu banjir secara lebih menyeluruh dan berkesan,” katanya.

Selain fungsi utama sebagai benteng perlindungan banjir, projek itu turut merangkumi pembangunan kemudahan awam seperti lorong basikal, laluan joging serta landskap hijau yang dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat dan merancakkan aktiviti riadah komuniti.

Projek yang akan dilaksanakan serta-merta itu dijadualkan siap pada tahun 2028 dan dijangka memberi manfaat kepada ribuan penduduk di daerah Hilir Perak selain melindungi kediaman, premis perniagaan serta pelbagai infrastruktur awam daripada ancaman banjir.

Related Posts

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkemaskan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menerusi pengukuhan jentera parti di semua kawasan Parlimen di Sabah. Pengerusinya, Datuk Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju sebulat suara menerima United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) sebagai ahli gabungan baharu GRS. Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

Hubungan dengan Allah SWT, restu ibu dorong kecapi ‘4 flat’

Hubungan dengan Allah SWT, restu ibu dorong kecapi ‘4 flat’

TNB tanam 40,000 anak pokok hutan, bakau untuk MBGI

TNB tanam 40,000 anak pokok hutan, bakau untuk MBGI

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil