Jurujual mengaku salah tetak penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan

SHAH ALAM – Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang penunggang motosikal menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan minggu lalu.

Tertuduh, Azmi Jantan, 42, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Fatimah Zahari.

Berdasarkan pertuduhan, Azmi didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Mohd Fairus Jaafar, 45, menggunakan sebilah pisau pemotong daging yang boleh mendatangkan maut. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 14.6 laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan berhampiran Seksyen 13, Shah Alam pada jam 8.19 pagi, 11 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ho Zee Xing mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tertuduh melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Azmi yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan mempunyai tanggungan isteri dan hanya bekerja sebagai jurujual.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin warganegara serta menetapkan syarat tambahan supaya beliau melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 8 Julai depan bagi pengemukaan fakta kes dan menjatuhkan hukuman.

Sebelum ini, insiden berkenaan tular di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan seorang lelaki mengalami kecederaan pada kepala dan lengan selepas ditetak di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, mangsa yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dipercayai membunyikan hon selepas suspek menghalang laluan, sebelum berlaku pertengkaran yang berakhir dengan kejadian tetakan tersebut.

Related Posts

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkemaskan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menerusi pengukuhan jentera parti di semua kawasan Parlimen di Sabah. Pengerusinya, Datuk Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

Hubungan dengan Allah SWT, restu ibu dorong kecapi ‘4 flat’

Hubungan dengan Allah SWT, restu ibu dorong kecapi ‘4 flat’