Mukah jadi tuan rumah Program Bakti Belia MADANI 2026

MUKAH – Bandar ini bakal menjadi tumpuan ratusan golongan muda seluruh Sarawak apabila dipilih sebagai tuan rumah Program Bakti Belia MADANI 2026 peringkat negeri yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.

Program bertemakan ‘Belia Prihatin, Komuniti Sejahtera’ itu bakal menghimpunkan peserta untuk menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kepimpinan serta pembangunan komuniti secara langsung di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, inisiatif tersebut bertujuan memperkasakan peranan anak muda sebagai ejen perubahan yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

“Sebanyak lima kampung telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program iaitu Kampung Datuk, Kampung Sungai Ragei, Kampung Sungai Pegei, Kampung Penakub Permai dan Kampung Tellian Laut.

“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia untuk berbakti kepada masyarakat, malah menjadi platform bagi mereka memahami kehidupan di luar bandar serta menghargai kepelbagaian budaya,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut beliau, keunikan utama penganjuran kali ini ialah pelaksanaan konsep keluarga angkat dengan menempatkan setiap peserta bersama keluarga terpilih di kampung-kampung terlibat sepanjang tempoh program berlangsung.

Tambahnya, pendekatan tersebut memberi peluang keemasan kepada peserta untuk mendalami kehidupan sebenar masyarakat setempat merangkumi aspek sosioekonomi, adat resam dan seni budaya unik kawasan tersebut.

Selain aktiviti khidmat bakti, program itu turut menampilkan slot ‘Randau Belia’ berkonsepkan sesi dialog santai.

Ia bertujuan memberi ruang kepada golongan muda berkongsi pandangan mengenai isu semasa serta melontarkan idea berkaitan hala tuju pembangunan belia pada masa hadapan.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Majlis Belia Malaysia dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi (IPT) selaku rakan strategik.

Related Posts

TNB tanam 40,000 anak pokok hutan, bakau untuk MBGI

LANGKAWI – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melancarkan My Brighter Green Initiative (MBGI) 2026, sebuah program pemuliharaan alam sekitar yang akan menyaksikan penanaman 40,000 anak pokok hutan dan bakau di enam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

IPOH – Prestasi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Perak mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan pencapaian terbaik sejak sistem semester diperkenalkan pada tahun 2013, dengan semua calon layak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TNB tanam 40,000 anak pokok hutan, bakau untuk MBGI

TNB tanam 40,000 anak pokok hutan, bakau untuk MBGI

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

Suami Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia

Suami Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia

Malaysia ulangi pendirian utamakan diplomasi tangani ketegangan global – PM

Malaysia ulangi pendirian utamakan diplomasi tangani ketegangan global – PM

Terengganu cipta sejarah, kekal negeri terbaik STPM 2025

Terengganu cipta sejarah, kekal negeri terbaik STPM 2025