Undi tak percaya: Pas terus guna gimik murahan, tak berminat tadbir negara pun

KLUANG – Pas ditempelak kerana terus menggunakan gimik-gimik murahan kononnya mencabar Perdana Menteri meletak jawatan namun tidak serius dengan cabaran yang dikemuka.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Pas dilihat menjadikan pentas muktamar sebagai medan untuk ‘main-main’ bukannya serius membicarakan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat.

“Nampaknya makna muktamar Pas itu main-mainlah kan? Kalau itu (muktamar) ialah platform tertinggi parti Pas untuk membicarakan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat, isu-isu negara. Kalau apa yang dibangkitkan di situ bukan untuk bergurau senda.

“Tetapi kalau dia cakap isunya contohnya nak suruh Perdana Menteri letak jawatan, nak suruh itu, ini dan sebagainya. Sewajarnya itu ialah satu gesaan yang serius.

“Pas semakin terdesak apabila ada peralihan sokongan komuniti Melayu dan sebab cabaran dia ialah apabila (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dapat menjuarai. Contohnya, ke depan dalam isu Palestin dan mendapat penghormatan daripada banyak negara-negara Islam di peringkat alim ulama tempatan dan antarabangsa,” bidas Nik Nazmi ketika ditemui pemberita sewaktu program ziarah kasih di Taman Ilham pada Selasa.

Naib Presiden PKR itu malah menyelar tindakan Pas ketika di pentas muktamar yang dilihat tidak menyentuh soal periuk nasi rakyat sebaliknya lebih menjurus ke arah membakar sentimen kaum dan agama.

“Jadi mereka tidak menyentuh sangat tentang soal periuk nasi rakyat. Tentang soal keutamaan rakyat tetapi mereka akan terus menggunakan gimik-gimik murahan seperti ini membakar sentimen kaum dan agama.

“Pas juga tidak menunjukkan kematangan sebagai sebuah parti yang berminat untuk mentadbir negara,” ujar Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu lagi.

Nik Nazmi berkata demikian ketika ditanya berkait kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang memaparkan sikap Pas terus berdolak-dalih sehingga sanggup dikecam sebagai pengecut apabila menolak cabaran Ahli Parlimen Tambun itu untuk membawa usul tidak percaya bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini TMP melaporkan, Tuan Ibrahim mengakui Kerajaan Perpaduan ketika ini sudah mempunyai kekuatan dua pertiga majoriti di Parlimen yang membuktikan tiada keperluan untuk Pas menyahut seruan Anwar agar berundur dari jawatan Perdana Menteri.

“Kerajaan sudah ada majoriti dua pertiga, undi usul percaya pun dia (Anwar) dah menang besar, selain kita menyokong bajet dan Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentang kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, tiada sebarang perbincangan dilakukan kepimpinan tertinggi parti dan Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan pendekatan itu bagi menumbangkan kerajaan.

Bagaimanapun, beliau dilihat masih mengharapkan ‘tebuk atap’ ketika Langkah Sheraton masih boleh berlaku masa ini, walaupun hakikatnya agak mustahil untuk berlaku kerana adanya Akta Anti Lompat Parti.

Terdahulu, usul percaya terhadap Perdana Menteri pada dua tahun lalu bertujuan membuktikan Anwar daripada Pakatan Harapan (PH), yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November 2022 mendapat sokongan ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James