Lelaki hilang jatuh bot ditemukan lemas

KUANTAN – Seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Kobat berhampiran Taman Impian di sini pada Selasa lalu ditemukan lemas awal pagi tadi.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat Muhammad Firdaus Zuharsema, 26, ditemukan pasukan penyelamat pada jam 2.30 pagi di lokasi kira-kira 300 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat pada hari kedua bermula pada jam 7.15 pagi, membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota serta BBP Taman Tas.

“Operasi turut disertai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan dan PPDA BBP Kuantan, selain Unit Anjing Pengesan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Amal Malaysia dan orang awam.

“Pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan air sejauh satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, manakala pasukan PPDA melakukan selaman sejauh 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh pada kedalaman tujuh meter,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, mangsa yang berada di bahagian hadapan bot dipercayai tercampak ke dalam sungai selepas bot yang dinaikinya bersama rakan terlanggar bongkah kayu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, rakan mangsa, Badrul Afiq Jaillany Zam Zam, 24, selamat.

Kejadian berlaku ketika dua rakan karib sejak kecil itu menaiki bot menuju ke jeti selepas keluar mencari umpan untuk rawai baung.

Related Posts

Zainudin dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri telah mempersetujui pelantikan Datuk Zainudin Aman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu, berkuat kuasa mulai 29 Jun 2026. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian lebih 50 tahun berakhir, Kerajaan MADANI lulus RM80.5 juta atasi banjir Teluk Intan

TELUK INTAN – Penantian lebih setengah abad penduduk Teluk Intan untuk menikmati penyelesaian menyeluruh terhadap masalah banjir akhirnya berakhir apabila Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan sebanyak RM80.5 juta bagi melaksanakan Projek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zainudin dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu

Zainudin dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu

Pas akan telan UMNO? Pengajaran politik daripada kemelut PN

Pas akan telan UMNO? Pengajaran politik daripada kemelut PN

Penantian lebih 50 tahun berakhir, Kerajaan MADANI lulus RM80.5 juta atasi banjir Teluk Intan

Penantian lebih 50 tahun berakhir, Kerajaan MADANI lulus RM80.5 juta atasi banjir Teluk Intan

Jurujual mengaku salah tetak penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan

Jurujual mengaku salah tetak penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan

JPNS sambut baik Tribunal Anti-Buli, komited lindungi murid dan tangani pembuli

JPNS sambut baik Tribunal Anti-Buli, komited lindungi murid dan tangani pembuli

Polis tahan tiga lelaki kes samun bersenjata di Kuching

Polis tahan tiga lelaki kes samun bersenjata di Kuching