Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persefahaman tersebut merupakan langkah penting dalam usaha meredakan ketegangan serantau serta membuka ruang kepada penyelesaian diplomatik yang lebih mampan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, Malaysia turut mengalu-alukan pengumuman mengenai pemeteraian memorandum persefahaman antara kedua-dua negara yang dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Pembukaan semula Selat Hormuz kepada perkapalan antarabangsa kini mesti dianggap sebagai perkara yang paling mendesak. Selat itu adalah laluan penting bagi keselamatan tenaga global dan perdagangan antarabangsa.

“Sebarang gangguan berpanjangan tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak,” katanya menerusi hantaran itu.

Anwar turut merakamkan penghargaan terhadap usaha pengantaraan yang membantu menjayakan proses berkenaan, khususnya peranan yang dimainkan oleh Pakistan.

Beliau berkata, Malaysia menggesa semua pihak agar terus menunjukkan komitmen dan keikhlasan dalam menjayakan proses yang telah dipersetujui serta memastikan persefahaman yang dicapai diterjemahkan kepada penyelesaian damai yang berkekalan.

Ujarnya, semua pihak termasuk pihak luar yang mempunyai kepentingan dalam konflik berkenaan perlu mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan usaha diplomasi atau mencetuskan semula ketegangan.

“Malaysia bersedia menyokong segala usaha ke arah mencapai keamanan yang adil dan berkekalan, selain menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus mengekalkan momentum positif ini,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

KUAMUT – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada pukul 5.32 pagi, hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu,  gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

PENDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat negeri itu. Anwar berkata, beliau menghormati peranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

  • By Fandi
  • September 26, 2026
Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027