Kuasai teknologi masa depan, generasi muda perlu jadikan al-Quran sebagai pedoman

SIBU – Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli menegaskan adab dan nilai kekal menjadi nadi utama Reformasi Pendidikan Malaysia 2026-2035 bagi memastikan generasi muda tidak kehilangan jati diri ketika menguasai kecerdasan buatan.  

Beliau berkata, dunia masa depan yang dipacu oleh digitalisasi dan automasi menuntut sistem pendidikan membina modal insan secara seimbang antara ilmu, kemahiran serta sahsiah. 

“Kita mahu melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global dan meneroka teknologi masa depan, tetapi bukan generasi yang cemerlang fikirannya namun kosong nilai kemanusiaannya,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 di Dewan Baitulmal, Kompleks Islam Sarawak pada Ahad.  

Turut hadir Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak, Hamdan Jar’ee.  

Mengulas lanjut, Omar menjelaskan bahawa Kurikulum Persekolahan 2027 turut dibangunkan dengan penekanan terhadap pembentukan karakter dan integriti pelajar.  

Usaha ini disokong penuh oleh kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) yang komited memperkukuh bakat anak tempatan melangkaui kecemerlangan akademik semata-mata.  

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada barisan guru Pendidikan Islam kerana sentiasa memainkan peranan penting sebagai pembimbing akhlak dan pemupuk nilai murni dalam jiwa pelajar.

Menyentuh mengenai penganjuran MQNKSS, beliau mengingatkan para peserta bahawa kejayaan sebenar tidak diukur melalui kilauan piala, sebaliknya terbukti apabila mereka pulang dan berubah menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa