Kondominium Highland Towers dijangka dirobohkan sebelum akhir tahun ini – MPAJ

AMPANG – Struktur Kondominium Highland Towers di Hulu Klang yang terbiar sejak tragedi runtuhan lebih tiga dekad lalu dijangka dirobohkan sebelum penghujung tahun ini susulan keputusan mahkamah membenarkan ia dilaksanakan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hasrolnizam Shaari berkata, Mahkamah Majistret minggu lalu telah meluluskan permohonan MPAJ untuk merobohkan bangunan berkenaan.

“Kita akan mengadakan mesyuarat penyelarasan melibatkan pemilik unit yang diwakili pihak pemaju serta Jabatan Insolvensi bagi membincangkan tindakan susulan.

“Kita menjangkakan proses ini tidak akan mengambil masa yang lama kerana semua pihak sudah jelas mengenai matlamat yang ingin dicapai. Insya-Allah, kerja-kerja perobohan akan dilaksanakan dalam tahun ini juga,” katanya, seperti dilapor Harian Metro pada Ahad.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang menyelaras langkah seterusnya termasuk mengenal pasti kontraktor dan pihak berkaitan yang akan mengendalikan proses perobohan tersebut.

Pada 11 Disember 1993, blok 1 kondominium Highland Towers runtuh akibat tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat berpanjangan.

Tragedi yang mengorbankan 48 nyawa itu turut membuatkan penghuni Blok 2 dan 3 diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta