Resipi kejayaan koperasi adalah tata kelola telus, berintegriti

PUTRAJAYA – Amalan tata kelola yang baik merupakan faktor utama dalam memastikan kejayaan dan kelangsungan gerakan koperasi di negara ini yang memiliki potensi besar untuk berkembang dan memberi manfaat kepada anggota serta masyarakat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keperluan untuk ia diurus secara telus, berintegriti dan bebas daripada unsur rasuah serta penyelewengan kuasa.

Menurut beliau, usaha kerajaan membanteras rasuah dan memperkukuh tata kelola bukan perkara remeh kerana kegagalan menangani isu berkenaan akan menyebabkan hasil yang diperoleh tidak dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.

“Kalau koperasi diurus dengan baik, prestasinya akan baik. Sebab itu soal rasuah dan penyelewengan kuasa bagi kerajaan ini penting walaupun ramai yang memandang ringan atau enteng.

“Bagi saya, perkara ini sangat penting dan kadang-kadang kita berdepan pertelingkahan dalam dan luar kerajaan mengenai isu ini.

“Kalau kita tidak betulkan keadaan itu, wang yang diperoleh walau sebanyak mana sekalipun tidak akan memberi manfaat kepada ramai, sebaliknya hanya menguntungkan kelompok kecil yang sama,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Bhd (Koprojaya) kali ke 10 di Dewan Damar Sari, Kompleks F, pada Ahad.

Anwar berkata, prinsip tata kelola yang baik perlu menjadi pegangan semua pihak termasuk koperasi bagi memastikan keuntungan dan kekayaan yang dijana dapat diagihkan secara adil kepada anggota serta masyarakat.

“Pendekatan sedemikian adalah selaras dengan nilai keadilan dan ihsan yang sememangnya menjadi asas dalam pentadbiran kerajaan ketika ini,” katanya.

Related Posts

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 323 buah basikal sewa dalam operasi Tindakan Khas Pengusaha Basikal tanpa lesen dan Halangan Tempat Awam di sekitar Jalan Tembeling,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan status pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah sah dan dilaksanakan dengan sempurna. TH dalam kenyataan berkata, Jawatankuasa Penasihat Syariah TH dalam mesyuaratnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa