Marzuki dakwa Presiden Pas mendominasi PN seakan ‘Supreme Leader’

KUALA LUMPUR – Dua keputusan penting yang diumumkan Presiden Pas memperlihatkan pengaruh besar parti itu dalam menentukan hala tuju Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa, keputusan melantik Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang serta penggunaan logo PN oleh Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan dibuat tanpa melalui Mesyuarat Tertinggi (MT) PN.

Jelasnya, keputusan berhubung jawatan Ketua Pembangkang itu juga dilihat bertentangan dengan keputusan terdahulu MT PN yang melantik Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ke jawatan berkenaan.

“Presiden Pas bukan Ahli MT PN, tetapi ‘berkuasa’ membuat keputusan PN. Saya percaya MT PN akan ‘endorse’ keputusan Presiden Pas.

“Tak mungkin Pengerusi PN yang merupakan Naib Presiden Pas tidak memasukkan kedua-dua perkara di atas sebagai agenda dalam mesyuarat MT PN akan datang.

“Kedudukan beliau sebagai Pengerusi PN pun bergantung kepada ihsan Presiden Pas,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Marzuki turut secara sinis menyatakan bahawa sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan pada masa depan, perhatian tidak lagi tertumpu kepada mesyuarat Kabinet di Putrajaya untuk mengetahui keputusan kerajaan.

“Sebaliknya kepada kenyataan yang dibuat di Rusila. Inilah ciri-ciri Presiden Pas sebagai ‘Supreme Leader’.

“Apabila PN menjadi kerajaan kelak, wartawan tidak perlu menunggu di Putrajaya pada hari Rabu untuk mengetahui keputusan kabinet. Tunggu saja di Rusila pada hari Jumaat,” ujarnya lagi.

Related Posts

PKR tanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor

KUANTAN – Semua urusan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan telah dimuktamadkan dan diselesaikan dengan baik. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Di samping ceramah, PKR kini latih jentera perang data – Nurul Izzah

PUTRAJAYA – Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kini memasuki fasa lebih tersusun apabila PKR memberi penekanan kepada latihan organisasi, pengurusan data dan kesiapsiagaan petugas di semua peringkat. Timbalan Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terengganu tidak boleh terus berdiam diri, siapa sebenarnya disebalik sekolah Rohingya?

Terengganu tidak boleh terus berdiam diri, siapa sebenarnya disebalik sekolah Rohingya?

83 penduduk di Ketari, Ulu Sungai terima bantuan Bakti Negeri Pahang

83 penduduk di Ketari, Ulu Sungai terima bantuan Bakti Negeri Pahang

PKR tanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor

PKR tanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor

Dua mayat lelaki terapung di Ampang Jajar merupakan remaja OKU, pesakit psikiatri

Dua mayat lelaki terapung di Ampang Jajar merupakan remaja OKU, pesakit psikiatri

Di samping ceramah, PKR kini latih jentera perang data – Nurul Izzah

Di samping ceramah, PKR kini latih jentera perang data – Nurul Izzah

KPDN Kelantan rekod 104 kes Ops Tiris, rampasan hampir RM2 juta

KPDN Kelantan rekod 104 kes Ops Tiris, rampasan hampir RM2 juta