Bantuan perlu berdasarkan keperluan sebenar rakyat, bukan kaum

PUTRAJAYA – Konsep keadilan yang dibawa kerajaan tidak boleh ditafsir berdasarkan kaum atau negeri semata-mata, sebaliknya mesti berasaskan kepada keperluan sebenar rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, terdapat kecenderungan dalam wacana dan naratif politik semasa yang mentafsirkan keadilan mengikut kelompok tertentu, sedangkan bantuan dan perhatian sewajarnya perlu diberikan kepada golongan yang paling memerlukan.
.
Menurut beliau, pendekatan sedemikian penting bagi memastikan prinsip keadilan dan ihsan dapat dilaksanakan secara menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana kelompok masyarakat.

“Kadang dalam wacana dan naratif politik dalam negara hari ini, kadang keadilan ni maknanya masing-masing nak ikut negeri, kadang ikut kaum.

“Padahal, dia mesti ikut apa yang diperlukan. Kalau kaum itu miskin ramai, kita kena beri perhatian,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Bhd (Koprojaya) kali ke 10 di Dewan Damar Sari, Kompleks F, pada Ahad.

Anwar berkata, berdasarkan keadaan semasa, majoriti golongan miskin di negara ini masih terdiri daripada masyarakat Melayu Bumiputera dan keadaan itu memerlukan perhatian sewajarnya daripada kerajaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kelompok masyarakat lain yang berdepan masalah kemiskinan juga tidak boleh diketepikan dalam agenda pembangunan negara.

“Kalau tengok majoriti kemiskinan negara kita, majoritinya masih Melayu Bumiputera.
“Tapi ada kelompok India umpamanya, ataupun orang ulu yang miskin, itu mesti ditangani.

‘Sehubungan itu, kefahaman mengenai makna sebenar keadilan dan ihsan perlu terus diperkukuhkan agar pelaksanaan dasar kerajaan dapat memenuhi keperluan rakyat secara lebih saksama dan berkesan,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET