Pementasan SAMArindok Siri II angkat warisan puisi Melayu Sarawak

KUCHING – Usaha memartabatkan kesenian tempatan terus diperkasa menerusi penganjuran pementasan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II yang berjaya menarik kehadiran ratusan penonton di Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu.

Program anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) itu memfokuskan kepada keindahan puisi Melayu tradisional yang digarap secara kreatif berserta elemen penceritaan dan persembahan pentas.

Menurut kenyataan AKYBMS, pementasan tersebut mengangkat kisah istimewa berkaitan kerajaan Melayu Saribas dan kerajaan Melayu Kalaka, khususnya menerusi penceritaan kehidupan watak Dang Umbok dan Dang Ukok.

Jelas kenyataan itu, kisah berkenaan merupakan antara khazanah penting hasil penyelidikan, penterjemahan dan penerbitan manuskrip Melayu Sarawak yang terdapat dalam repositori AKYBMS.

“Keindahan puisi Melayu tradisional ini dizahirkan melalui gabungan penceritaan dan persembahan pentas yang mantap.

“Ia sekali gus berjaya mengetengahkan khazanah warisan budaya Melayu Sarawak untuk dihayati oleh masyarakat pada hari ini,” jelas kenyataan tersebut.

Pada masa sama, seiring dengan hasrat mengetengahkan potensi bakat muda dalam bidang seni, persembahan berkenaan turut dibarisi oleh Generasi Baharu Artis Badan Seni AKYBMS.

Dalam pada itu, Pengurus Besar AKYBMS, Datuk Dr Sanib Said melahirkan harapan agar usaha memelihara warisan budaya terbabit terus mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat.

Beliau turut menyeru penggiat seni agar terus bekerjasama memperkukuh ekosistem budaya negeri selari dengan hasrat Pelan Strategik AKYBMS 2015-2035 di bawah teras Agama dan Budaya.

Menyusul selepas kejayaan ini, program SAMArindok seterusnya dijadualkan berlangsung pada 12 September depan dengan membawa tema Pencak Silat.

Pihak AKYBMS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, petugas, sukarelawan, rakan kerjasama serta penonton atas komitmen jitu dalam menjayakan acara berkenaan.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta