Meskipun kalangan pemimpin wujud perbezaan politik, kerajaan tak amal pendekatan bermusuh – PMX

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mengamalkan pendekatan bermusuhan walaupun mengakui wujud perbezaan politik dalam kalangan pemimpin.

Memberi contoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan, katanya beliau bersama Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bekerjasama seperti biasa demi rakyat.

“Saya bukan nak bermusuh, belah kanan (Kerajaan Perpaduan) Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO… kita bekerja seperti biasa kerana kasih pada rakyat.

“Kestabilan politik dan kerjasama dalam kalangan parti dalam Kerajaan Perpaduan penting bagi memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) di Karisma Arena di Seremban, malam tadi.

Sementara itu, Anwar memberi jaminan Datuk Seri Aminuddin Harun akan terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Harapan (PH) memperoleh mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), 1 Ogos depan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pengundi di negeri ini perlu memberi peluang kepada PH meneruskan pentadbiran sedia ada demi menjamin kestabilan dan kesinambungan pembangunan negeri.

“Sekarang, saya minta mandat kepada Kerajaan PH Negeri Sembilan… bagi mandat ini, Tok Min (Aminuddin) dilantik sebagai Menteri Besar.

“Insya-Allah, masa depan Negeri Sembilan lebih terjamin. Masa depan negeri ini adalah masa depan pekerja, peniaga-peniaga kecil,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau sendiri sering mengingatkan semua pihak supaya mengekalkan kestabilan politik dan memberi ruang kepada kerajaan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

“Belum sampai tiga tahun lagi penggal (Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan) ini. Tetapi ada yang tidak sabar dan terus mahu berebut kuasa.

“Saya menyeru rakyat di negeri ini supaya menggunakan kuasa undi memilih kerajaan negeri yang stabil, sealiran dengan Persekutuan,” katanya.

Related Posts

PN gagal urus krisis sendiri, jangan heret Anwar jadi kambing hitam – Kamil Munim

KUALA LUMPUR – Cubaan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pergolakan dalaman pembangkang disifatkan usaha mengalihkan perhatian daripada kelemahan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) itu sendiri. Ketua Angkatan Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancaran jentera PH suntik semangat hadapi PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN – Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan pada Jumaat disifatkan sebagai pemangkin semangat kepada seluruh jentera gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

WAK Sibu 2026 satukan komuniti menerusi keharmonian seni, budaya

WAK Sibu 2026 satukan komuniti menerusi keharmonian seni, budaya

Amerika Syarikat benam Paraguay 4-1

Amerika Syarikat benam Paraguay 4-1

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

ADUN Kabong gesa JBALB selesai segera kemelut air Kampung Gerigat

ADUN Kabong gesa JBALB selesai segera kemelut air Kampung Gerigat

Genset menara telekomunikasi Bandar Letat dihenti selepas aduan penduduk

Genset menara telekomunikasi Bandar Letat dihenti selepas aduan penduduk

Perlu wujud mekanisme jelas, tegas atasi lambakan Rohingya

Perlu wujud mekanisme jelas, tegas atasi lambakan Rohingya