Anak Pahang tak ketandusan bakat

KUANTAN – Jumlah penyertaan diterima untuk Pertandingan Karya Anak Pahang membuktikan negeri ini tidak ketandusan bakat kreatif dalam bidang penulisan, fotografi dan penghasilan video.

Pengarah Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang, Khairul Anwar Ahmad Nadzer berkata, pertandingan itu berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai kelompok masyarakat tanpa mengira usia, latar belakang pekerjaan dan kaum.

Menurutnya, perkembangan itu menunjukkan bakat dalam tiga kategori tersebut bukan hanya dimiliki individu yang mempunyai latar belakang media atau kewartawanan.

“Apabila kita lihat penerima hadiah hari ini, mereka datang daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang pekerjaan.

“Ada pelajar, guru, suri rumah dan ramai lagi yang menyertai pertandingan.

“Ini membuktikan rakyat Pahang mempunyai bakat besar dalam bidang kreatif dan kita tidak ketandusan bakat untuk menghasilkan karya yang berkualiti,” katanya kepada Sinar Harian.

Seramai 100 pemenang menerima hadiah RM200 melibatkan pemenang bagi penyertaan dari Januari hingga April tahun ini.

Related Posts

KPDN perluas Program Pasar Patuh, Pasar Komuniti Stutong jadi model pematuhan

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mula memperluaskan Program Pasar Patuh (3P) secara berperingkat ke daerah-daerah utama di seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu tuan rumah MQNKSS Peringkat Sarawak 2026, cungkil bakat kesenian Islam pelajar Sarawak

SIBU – Tanggungjawab besar kini digalas oleh Sibu apabila dipilih sebagai tuan rumah untuk menghimpunkan bakat anak muda dari seluruh Sarawak dalam bidang kesenian Islam.  Acara Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

Kasih kepada rakyat, amanah untuk negara: Mesej politik kemanusiaan PMX

Kasih kepada rakyat, amanah untuk negara: Mesej politik kemanusiaan PMX

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi pada PRN