PM arah kementerian kemuka data terperinci keperluan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai keperluan tenaga kerja negara, termasuk melibatkan pekerja asing, sebelum mempertimbangkan sebarang keputusan berkaitan permohonan tambahan tenaga kerja daripada sektor tertentu.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan beberapa kementerian berkaitan mengumpul dan membentangkan data yang lebih lengkap berhubung keperluan sebenar tenaga kerja dalam industri di bawah seliaan masing-masing.

Beliau berkata langkah itu susulan permintaan daripada beberapa sektor ekonomi yang berdepan kekurangan tenaga kerja, termasuk industri makanan dan minuman serta sektor pembinaan.

Menurutnya, perkara berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini kerana kerajaan mempunyai dasar yang menetapkan kawalan terhadap jumlah pekerja asing yang dibenarkan berada di negara ini.

“… jadi Perdana Menteri mengarahkan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk mendapatkan maklumat daripada industri dan sektor di bawah seliaan masing-masing.

“Perkara itu akan diteliti secara lanjut dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Fahmi berkata, maklumat yang dikumpulkan perlu merangkumi data terperinci berkaitan permintaan tenaga kerja semasa serta unjuran keperluan masa hadapan bagi memastikan kerajaan mempunyai asas yang kukuh sebelum membuat sebarang ketetapan.

“Data berkenaan akan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri bagi membolehkan kerajaan membuat penelitian lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Kerajaan sebelum ini berulang kali menegaskan komitmen untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan pada masa sama mengutamakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Laporan media pada September tahun lalu menyebut bahawa pergantungan berterusan kepada tenaga kerja asing berupah rendah berisiko menjejaskan usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi negara dalam jangka panjang.

Selain itu, penguasaan pekerja asing dalam sektor berkemahiran rendah dan separa mahir turut dilihat memberi kesan kepada keseimbangan pasaran buruh serta peluang pekerjaan untuk tenaga kerja tempatan.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung