PKR sedia ruang perbezaan pandangan – Fahmi

KUALA LUMPUR – Keputusan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, melepaskan jawatannya dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menimbulkan persoalan apabila beliau didakwa tidak menggunakan saluran dalaman parti untuk membangkitkan isu serta pandangan yang menjadi kebimbangannya.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setiap pemimpin parti mempunyai ruang untuk mengemukakan pandangan, termasuk pandangan yang berbeza, menerusi platform rasmi yang disediakan oleh parti.

Menurut beliau, sebagai anggota MPP yang dipilih oleh akar umbi dalam Pemilihan PKR 2025, Chean Chung seharusnya memanfaatkan mesyuarat kepimpinan tertinggi parti bagi menyuarakan sebarang kebimbangan demi memastikan hala tuju perjuangan PKR terus terpelihara.

“Saya cuma kesal beliau tidak bersama untuk menyampaikan pandangan. Dalam MPP, ramai pimpinan yang mempunyai pandangan berbeza, namun mereka tetap hadir dan menggunakan platform itu untuk menyatakan pendirian masing-masing.

“Perbezaan pandangan dalam kalangan pimpinan bukan luar biasa dalam PKR dan boleh disuarakan menerusi saluran yang disediakan parti.

“Sebagai contoh, bekas pemimpin PKR, Elizabeth Wong, sering mengemukakan pandangan yang berbeza daripada Presiden PKR dan pimpinan lain dalam mesyuarat MPP, namun tetap hadir serta mempertahankan prinsip yang diyakininya.

“Platform itulah yang digunakan untuk memastikan parti kekal berada di landasan yang betul dan sepatutnya Chean Chung melakukan perkara yang sama,” katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri, hari ini.

Terdahulu, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota MPP PKR berkuat kuasa serta-merta selepas hampir dua dekad bersama parti dan lapan tahun berkhidmat di peringkat kepimpinan pusat.

Walaupun berundur daripada badan kepimpinan tertinggi parti, beliau menegaskan akan terus kekal sebagai ahli PKR dan meneruskan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya sehingga tamat penggal Parlimen semasa.

Dalam penjelasannya, Chean Chung menyatakan beliau tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan parti yang menurutnya gagal menangani beberapa isu serta tidak memberikan penjelasan yang memuaskan berhubung perkara yang dibangkitkan.

Sementara itu, Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa parti memberi tekanan terhadap Chean Chung, termasuk dakwaan berkaitan sekatan akses kepada sistem MyKAS.

Beliau berkata, perkara berkenaan tidak pernah dibawa secara terus kepadanya walaupun kedua-dua mereka pernah berhubung mengenai beberapa perkara sebelum ini.

“Dalam apa juga perkara, beliau boleh datang berbincang. Malah beliau ada menghubungi saya menerusi WhatsApp mengenai beberapa perkara, tetapi isu ini tidak pernah dibangkitkan.

“Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Apa pun beliau perlu jelaskan kepada pengundi-pengundinya dalam kalangan anggota parti,” katanya.

Related Posts

Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan akan terus menghormati proses perundangan dan kedudukan institusi Raja Berperlembagaan dalam menangani sebarang isu berkaitan pentadbiran negeri.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sehingga ke hari ini tidak pernah sama sekali dikaitkan dengan sebarang dakwaan salah guna kuasa atau isu integriti. Sehubungan itu, Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

Kasih kepada rakyat, amanah untuk negara: Mesej politik kemanusiaan PMX

Kasih kepada rakyat, amanah untuk negara: Mesej politik kemanusiaan PMX

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi pada PRN

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi pada PRN

KPDN perluas Program Pasar Patuh, Pasar Komuniti Stutong jadi model pematuhan

KPDN perluas Program Pasar Patuh, Pasar Komuniti Stutong jadi model pematuhan

Sibu tuan rumah MQNKSS Peringkat Sarawak 2026, cungkil bakat kesenian Islam pelajar Sarawak

Sibu tuan rumah MQNKSS Peringkat Sarawak 2026, cungkil bakat kesenian Islam pelajar Sarawak