Bersatu Pahang nafi Bersatu Rompin sudah berkubur

KUANTAN – Bersatu Pahang menafikan bekas calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam, Jaafar Mustafa adalah ahli parti itu.

Semalam, Jaafar bersama 65 lagi yang lain mendakwa meninggalkan Bersatu dan kembali menyertai Umno di bawah inisiatif Rumah Bangsa.

Sumber rapat dengan Bersatu Pahang memaklumkan, Jaafar dan semua yang menyertai Umno itu bukan lagi ahli Bersatu dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan parti berkenaan selepas Ketua Bersatu Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah digantung daripada parti pada Mei lalu.

“Mereka tidak ada kaitan dengan Bersatu… jawatan mereka pegang itu semasa Abdul Khalib masih Ketua Bersatu Rompin.

“Apabila Abdul Khalib digantung, bermakna semua ahli jawatankuasa juga terbubar secara automatik.

“Jadi, laporan kononnya yang masuk Umno itu bekas pimpinan Bersatu Rompin tidak betul,” katanya.

Sumber itu juga memaklumkan, kumpulan berkenaan adalah mereka yang tidak mahu menyertai gerakan Reset diketuai bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan mereka memilih untuk kembali menyertai Umno.

Katanya, Bersatu Bahagian Rompin juga sudah mempunyai struktur organisasi baharu susulan penggantungan Abdul Khalib.

“Tidak ada (Bahagian) yang terbubar dan saya lihat apa yang berlaku semalam bukan membabitkan Bersatu, tapi atas keputusan individu berkenaan,” jelasnya.

Related Posts

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

BENTONG – UMNO Pahang tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 selain terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana parti lain sekiranya ia memberi manfaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

KUANTAN – PKR digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerima bakul makanan daripada Cabang Indera Mahkota telah didaftarkan sebagai ahli parti tanpa pengetahuan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA