Hari mengundi PRN Johor pada 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 di Johor dan Negeri Sembilan dijalankan secara berasingan dengan masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos depan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun menerusi menerusi sidang media selepas Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16 dan Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 di Menara SPR, pada Jumaat.

“Hari penamaan calon bagi PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun, manakala hari pengundian awal pada 7 Julai manakala bagi PRN Negeri Sembilan pula, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai dan pengundian awal pada 28 Julai.

“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 27 Jun 2026 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 10 Julai 2026 (Jumaat) bagi PRU Dewan Negeri Johor Ke-16.

“Bagi urusan PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 ditetapkan mulai pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 18 Julai 2026 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 31 Julai 2026 (Jumaat),” katanya.

Pada 1 Jun lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan PRN kali ini bakal menjadi pilihan raya ke-16 bagi negeri itu.

Sementara itu, DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun selepas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran sehari sebelum itu.

Pembubaran DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Related Posts

Diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter

PUTRAJAYA – Harga runcit diesel di Semenanjung akan dikurangkan sebanyak 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026. Bagaimanapun, harga petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua anggota tentera terkorban semasa menjalani latihan bom

SUNGAI PETANI – Malang tidak berbau telah meragut nyawa dua anggota tentera akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun di sini, hari ini. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta