Pangkalan bekalan minyak dan gas Bintulu mampu penuhi permintaan global – Abang Johari

BINTULU – Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas Borneo yang baru dibuka di Pelabuhan Bintulu akan menyokong pertumbuhan industri minyak dan gas di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Johari Tun Openg berkata pangkalan bekalan minyak dan gas ini penting untuk memenuhi permintaan bahan keperluan bagi industri minyak dan gas.

“Sarawak mempunyai lebih 60 peratus rizab gas negara dan banyak aktiviti penerokaan yang memerlukan perkhidmatan pangkalan ini,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang memberikan lesen penubuhan pangkalan.

“Penubuhan pangkalan ini menjadikan Bintulu sebagai pusat bagi industri minyak dan gas serta industri berkaitan,” jelasnya.

Selain tu, Abang Johari juga optimis berkenaan potensi pelaburan dari Jepun dan Korea dalam bidang hidrogen.

“Kesan pelaburan ini akan meningkatkan lagi perkembangan Bintulu dalam industri ini,” tambah beliau.

Menurut beliau, Sarawak memiliki kelebihan dalam industri perkapalan yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti methanol dan ammonia yang mampu memenuhi keperluan industri global.

“Kelebihan dari sudut lokasi, sumber dan tenaga yang dilatih akan menjadikan Bintulu laluan strategik dalam perkapalan antarabangsa,” ujar beliau pada sidang media selepas perasmian Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas Borneo di Pelabuhan Bintulu Sdn Bhd pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan