JKOM perlu jadi jambatan hubung dasar kerajaan, realiti rakyat – KSN

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) perlu sentiasa memastikan setiap komunikasi yang disampaikan kepada masyarakat berasaskan kebenaran dan membina kepercayaan yang utuh.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan, institusi itu juga harus berfungsi sebagai jambatan utuh yang menghubungkan dasar-dasar kerajaan dengan realiti kehidupan rakyat.

Harapan berkenaan dinyatakan beliau selepas menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah JKOM yang baharu, Mohd Hisyamuddin Ghazali, di sini, hari ini.

Pertemuan tersebut diadakan sejurus selepas selesainya Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi Sektor Awam (STAR).

Shamsul Azri berkata, JKOM di bawah pimpinan Mohd Hisyamuddin memikul tanggungjawab besar bagi memastikan penyampaian maklumat kerajaan sentiasa telus dan efektif.

“Komunikasi kepada rakyat dan komuniti mestilah sentiasa berasaskan kebenaran demi membina kepercayaan.

“Ia sekali gus mampu menjadi jambatan yang menghubungkan dasar kerajaan dengan realiti kehidupan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Pelantikan Mohd Hisyamuddin sebagai Ketua Pengarah JKOM dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkasakan lagi agenda komunikasi komuniti di seluruh negara.

Terdahulu, hari ini, Mohd Hisyamuddin telah mengadakan pertemuan tidak rasmi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan berkenaan, Mohd Hisyamuddin berkata, mereka membincangkan hala tuju baharu JKOM dalam memperkasakan penyampaian maklumat kerajaan kepada komuniti.

Mohd Hisyamuddin menzahirkan komitmen penuh untuk menterjemahkan amanat Perdana Menteri ke peringkat akar umbi dengan lebih agresif dan berkesan.

Related Posts

JKOM masuk fasa baharu: Masa kuasai naratif, bukan sekadar jawab tuduhan

PELANTIKAN Mohd Hisyamuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah baharu Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) pada 8 Jun 2026 dilihat sebagai titik perubahan penting dalam landskap komunikasi kerajaan. Dalam era ledakan media sosial,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan memahami keresahan rakyat isu Rohingya, JKOM akan angkat kepada pihak berwajib

PUTRAJAYA – Kerajaan memandang serius keresahan rakyat berhubung isu kebanjiran warga Rohingya dan aktiviti mereka di beberapa lokasi yang menjadi perhatian umum di negara ini terutama di kawasan Sungai Tekali,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mangsa kebakaran dipertimbang dapatkan Rumah SMJ – Rina

Mangsa kebakaran dipertimbang dapatkan Rumah SMJ – Rina

Guru Sabah harum nama negeri di peringkat kebangsaan, antarabangsa

Guru Sabah harum nama negeri di peringkat kebangsaan, antarabangsa

280 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan kewangan

280 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan kewangan

Kerajaan Sabah terus perkasa pendidikan, TVET dan AI bangunkan modal insan

Kerajaan Sabah terus perkasa pendidikan, TVET dan AI bangunkan modal insan

Seminar Kenegaraan dan Integriti medium Strategik fahami Malaysia MADANI

Seminar Kenegaraan dan Integriti medium Strategik fahami Malaysia MADANI

KDNK kukuh, lebihan hasil Sarawak dipulangkan menerusi pendidikan percuma – Annuar

KDNK kukuh, lebihan hasil Sarawak dipulangkan menerusi pendidikan percuma – Annuar