UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan sehingga PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO menegaskan parti itu kekal mendokong Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata antara ketetapan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi ialah Kerajaan Negeri berhak diberi kebebasan dalam menentukan hala tuju politik.

“Kerajaan Negeri Johor dibentuk sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia tanpa melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan. 

“UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti apabila menjelang mana-mana Pilihan Raya termasuklah Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang bakal ditentukan tarikhnya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya dalam mesyuarat yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Rabu malam di ibu negara.

Katanya, keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak. 

“Sebaliknya ia adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.

“UMNO terbuka kepada apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat. Apa jua bentuk kerjasama mesti dilandaskan kepada prinsip keikhlasan dan kepercayaan,” tambahnya lagi.

Pada Jumaat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan.

Related Posts

Perpecahan Pas-Bersatu bukti politik Islam tidak boleh disempitkan kepada label parti

KUALA TERENGGANU – Episod perpecahan hubungan politik antara Pas dan Bersatu dilihat membuka ruang kepada rakyat untuk menilai semula pendekatan politik berasaskan slogan agama yang sekian lama menjadi teras kempen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

BERA – Tindakan Pas menamatkan hubungan politik dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat boleh merumitkan usaha gabungan itu untuk menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Pengerusi Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong bakal jadi pemangkin ekonomi komuniti

Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong bakal jadi pemangkin ekonomi komuniti

JKOM buat laporan polis, provokasi Albert Tei timbul keresahan penjawat awam

JKOM buat laporan polis, provokasi Albert Tei timbul keresahan penjawat awam

KP JKOM cabar Albert Tei ‘bergaduh’ di gelanggang debat

KP JKOM cabar Albert Tei ‘bergaduh’ di gelanggang debat

PBB sambung semula misi evakuasi perubatan keluar dari Gaza

  • By Siti
  • June 11, 2026
PBB sambung semula misi evakuasi perubatan keluar dari Gaza

13 warga asing ditahan salah guna pas lawatan