Lebih 20,000 calon SPM, STPM, STAM Pahang terima manfaat buku rujukan

BERA – Seramai 22,678 pelajar di Pahang bakal menerima manfaat menerusi Inisiatif Makmur Pahang Buku Rujukan dan Buku Latihan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Tahun 2026 yang dilancarkan hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Purun, di sini.

Jumlah tersebut melibatkan 19,893 calon SPM, 2,245 calon STPM dan 540 calon STAM.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu diteruskan selepas kejayaan Pahang muncul sebagai negeri terbaik dalam pencapaian SPM 2025, sekali gus membuktikan keberkesanan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkasakan bidang pendidikan.

“Dan proses ini tidak habis begitu sahaja. Kita fikir lagi bagaimana untuk meningkatkan lagi kerana kita tahu semakin hari pelajaran semakin komplikated, memerlukan fokus dan pelbagai.

“Jadi kita tambah lagi (buku rujukan) iaitu matematik tambahan dan sains menjadikan empat (subjek) sebelum ini kepada enam,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran inisiatif berkenaan di SMK FELDA Purun, petang semalam.

Turut hadir pada majlis itu adalah Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), Ahmad Zamri Md Isa.

Wan Rosdy turut memaklumkan kerajaan negeri bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan JPNP bagi memperluaskan bantuan tersebut kepada pelajar Tingkatan Empat bermula tahun hadapan.

“Dan saya juga mendapat permohonan daripada pengarah pendidikan bahawa untuk pelajar-pelajar Tingkatan Empat juga harus disantuni, diberi perhatian.

“Jadi kerajaan negeri tidak beragak-agak untuk meluluskan sejumlah peruntukan. Saya minta pengarah pendidikan untuk memberi detail kepada kerajaan negeri untuk kita pertimbangkan,” ujarnya.

Related Posts

Hospitality Fiesta 2.0 serlah kreativiti, profesionalisme pelajar hospitaliti

KOTA KINABALU – Penganjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) Hospitality Fiesta 2.0 berjaya menyerlahkan kreativiti, profesionalisme dan kemahiran praktikal pelajar dalam bidang hospitaliti menerusi pelbagai aktiviti berteraskan industri yang memberi pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 17 tahun antara lima ditahan kes judi holo di Limbang

LIMBANG – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun merupakan antara lima individu yang ditahan polis dalam serbuan ke atas kegiatan perjudian holo di Kampung Batu Danau pada awal pagi Ahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong bakal jadi pemangkin ekonomi komuniti

Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong bakal jadi pemangkin ekonomi komuniti

JKOM buat laporan polis, provokasi Albert Tei timbul keresahan penjawat awam

JKOM buat laporan polis, provokasi Albert Tei timbul keresahan penjawat awam

KP JKOM cabar Albert Tei ‘bergaduh’ di gelanggang debat

KP JKOM cabar Albert Tei ‘bergaduh’ di gelanggang debat

PBB sambung semula misi evakuasi perubatan keluar dari Gaza

  • By Siti
  • June 11, 2026
PBB sambung semula misi evakuasi perubatan keluar dari Gaza

13 warga asing ditahan salah guna pas lawatan

13 warga asing ditahan salah guna pas lawatan

Perpecahan Pas-Bersatu bukti politik Islam tidak boleh disempitkan kepada label parti

Perpecahan Pas-Bersatu bukti politik Islam tidak boleh disempitkan kepada label parti