Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

BERA – Tindakan Pas menamatkan hubungan politik dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat boleh merumitkan usaha gabungan itu untuk menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkembangan terkini itu menunjukkan usaha yang selama ini diuar-uarkan pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negeri berdepan cabaran lebih besar susulan perpecahan dalam gabungan berkenaan.

“Saya dapati usaha mereka, yang mereka uar-uarkan nampaknya menghadapi jalan yang complicated… jalan yang berliku-liku dan ini berlaku setelah mereka menolak Bersatu dalam PN.

“Sama ada (slogan) PN Teraju Pahang itu sudah boleh ‘tutup kedai’ yang itu kita boleh buat tafsiran sendirilah,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Makmur Pahang- Buku Rujukan dan Latihan SPM, STPM dan STAM Tahun 2026, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini susulan pengumuman Pas menamatkan hubungan politik dengan Bersatu.

Hari ini, Pas Pahang memaklumkan pihaknya akan terus menggunakan slogan PN Teraju Pahang walaupun hubungan politik antara Pas dan Bersatu sudah berakhir.

Related Posts

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

BESUT – Kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat semakin meruncing apabila sekumpulan pemimpin utama Bersatu Bahagian Besut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta dalam satu pertemuan khas yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

PUTRAJAYA – Penamatan kerjasama Pas terhadap Bersatu hanyalah alasan dalam mencari jalan keluar agar dapat bergerak bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin serta gerakan dikaitkan dengan ‘Reset’. Sumber tertinggi Bersatu memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju