Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulalil bertitah, pendidikan tidak seharusnya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya menjadi wadah melahirkan generasi yang beradab, berilmu, berdaya tahan dan mempunyai jati diri yang kukuh.

Baginda bertitah, pembentukan insan sejahtera yang memiliki akhlak mulia dan keyakinan diri perlu diberikan penekanan seiring usaha meningkatkan pencapaian akademik murid.

Menurut baginda, pendidikan merupakan instrumen penting dalam membentuk modal insan berkualiti yang mampu mencorakkan masa depan negara.

“Pendidikan bukan hanya sekadar untuk mengejar kecemerlangan akademik, tetapi merupakan wadah membentuk insan sejahtera yang beradab, berilmu, berdaya tahan, berkemahiran dan berkeyakinan.

“Penuhilah minda generasi muda dengan ilmu yang bermanfaat dan hiasilah peribadi mereka dengan akhlak serta budi pekerti yang luhur agar mereka mampu mencorakkan masa depan yang gemilang,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Bangunan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis yang baharu di sini hari ini.

Dalam pada itu, baginda berkata, kemudahan moden dan kondusif yang disediakan di bangunan berkenaan mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh sistem pendidikan negeri.

Titah baginda, penguasaan ilmu, penghayatan pedagogi yang berkesan serta budaya perkongsian ilmu dan kemahiran digital perlu terus diperkasa bagi memastikan sistem pendidikan kekal relevan dan berdaya saing.

Baginda turut berharap JPN Perlis serta seluruh institusi pendidikan di negeri ini terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pengajian tinggi dan komuniti.

Menurut baginda, sinergi yang terjalin mampu membuka lebih banyak ruang kepada perkongsian kepakaran, inovasi dan peluang yang dapat memperkasa mutu pendidikan serta melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.

Foto: JaPEN

Related Posts

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

BINTULU – Penganjuran Program Satelit Program MADANI Rakyat (PMR) KEMAS Tahun 2026 Siri 3 dengan kerjasama komuniti setempat menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

SERI ISKANDAR – Seorang lelaki tempatan maut dipercayai akibat ditikam dalam satu kejadian pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei