KPT sokong penuh hasrat Sarawak naik taraf iCATS jadi universiti

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyatakan kesediaan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri Sarawak bagi menaik taraf Kolej Universiti iCATS kepada sebuah universiti penuh.  

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak kementerian amat menghargai usaha serta komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan sektor pendidikan tinggi di negeri berkenaan.  

Menurut beliau, pada dasarnya, kementerian mendapati tiada masalah besar untuk memberikan taraf universiti penuh memandangkan institusi itu sudah pun beroperasi kukuh dengan kampusnya sendiri.  

“Kolej Universiti iCATS sudah pun berjalan dan mempunyai kampus, jadi apa yang dimohon oleh kerajaan negeri adalah untuk menaikkan tarafnya menjadi universiti penuh.  

“Pihak KPT akan memberikan kerjasama serta memudah cara urusan ini sebaik sahaja beberapa perkara berbangkit diselesaikan,” ujarnya.  

Zambry mengulas perkara itu pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program MySISWA@Job On Campus di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada petang Selasa.  

Dalam pada itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dalam ucapannya pada majlis sama menzahirkan penghargaan atas pemilihan universiti berkenaan sebagai tuan rumah peluncuran inisiatif berimpak tinggi terbabit.  

Beliau berkata, UNIMAS sentiasa mendukung hasrat KPT untuk melahirkan graduan yang cemerlang dari segi akademik dan memiliki daya tahan tinggi mendepani cabaran ekonomi semasa.  

Tegas beliau, inisiatif berkenaan membuka peluang keemasan kepada mahasiswa untuk menjana pendapatan secara fleksibel di dalam kawasan kampus.  

“Program ini lebih daripada sekadar bantuan kewangan, malah berfungsi sebagai inkubator intervensi awal yang membentuk kemahiran insaniah, nilai kepimpinan, etika kerja, dan profesionalisme mahasiswa sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

“UNIMAS juga komited untuk memastikan ekosistem digital serta sistem papan pemuka yang dibangunkan bagi program ini dapat memudah cara penyelarasan peluang pekerjaan mahasiswa secara efisien dan berkesan,” katanya.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial