Bersatu lemah tanpa Pas, pembangkang makin jauh tawan hati rakyat pada PRU16

PUTRAJAYA – Bersatu dijangka berdepan kesukaran untuk terus bertahan dalam persaingan politik negara selepas Pas memutuskan untuk bercerai dengan parti terbabit.

Penganalisis politik dan hubungan antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, kemenangan Bersatu dalam pilihan raya sebelum ini banyak dipengaruhi sokongan pengundi Pas yang memberikan kesan signifikan terutama di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berpandangan, kekuatan sebenar Bersatu ketika ini banyak disokong oleh jaringan jentera, akar umbi dan pemimpin Pas yang lebih luas serta tersusun di seluruh negara.

“Tanpa sokongan tersebut, Bersatu tidak memiliki kekuatan asas yang cukup kukuh untuk bergerak secara solo dalam menghadapi persaingan politik yang semakin sengit.

“Kekuatan Pas bukan sahaja pada jumlah pengundi, tetapi juga pada jentera pilihan raya yang tersusun dan berkesan hingga ke peringkat akar umbi,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Terdahulu, Pas mengumumkan penamatan kerjasama politik Bersatu sekali gus mencetuskan perkembangan baharu dalam landskap politik negara menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, pada Isnin selepas mengambil kira keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu berhubung kedudukan kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin berpandangan, penamatan kerjasama dua blok parti tersebut mengubah keseimbangan kekuatan politik yang dinikmati Bersatu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tanpa Pas, katanya, Bersatu akan kehilangan kelebihan penting yang banyak membantu parti itu meraih sokongan pengundi serta menggerakkan kempen pilihan raya secara lebih berkesan.

“Keadaan ini menyebabkan Bersatu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kekuatan dalaman parti yang ketika ini dilihat belum cukup besar untuk menyaingi gabungan utama seperti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Bersatu tiada Pas di sisi berisiko menjadi parti yang sukar memberi impak besar dalam pilihan raya selain berdepan cabaran untuk mempertahankan kerusi sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Ashikin berkata, perpisahan itu juga memberi kelebihan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dilihat berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk menghadapi cabaran politik menjelang pilihan raya akan datang.

Tambahnya, perkembangan itu berpotensi melemahkan blok pembangkang yang sebelum ini memperoleh manfaat daripada kerjasama erat antara kedua-dua parti berkenaan dalam beberapa siri pilihan raya.

“Keupayaan Anwar mengekalkan kestabilan politik sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan membuktikan kematangan institusi politik negara yang semakin mampu mengurus perbezaan serta membina konsensus dalam landskap politik yang kompleks.

“Kestabilan yang berjaya dikekalkan kerajaan hari ini memberi kelebihan kepada pihak pemerintah untuk terus menumpukan perhatian kepada agenda pentadbiran dan pembangunan negara, berbanding berdepan ketidaktentuan politik seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Nur Ashikin berkata, Bersatu juga dilihat mempunyai ciri-ciri sebuah parti berasaskan personaliti yang banyak bergantung kepada pengaruh tokoh tertentu berbanding kekuatan organisasi yang benar-benar kukuh di semua peringkat.

Tambahnya, sejarah politik negara menunjukkan beberapa parti yang dibentuk atas pengaruh pemimpin tertentu sukar mengekalkan momentum dalam jangka panjang apabila berdepan perubahan landskap politik dan sokongan pengundi.

“Kita pernah melihat pengalaman parti-parti seperti Semangat 46 yang pada awalnya berjaya menarik perhatian rakyat dan mencipta gelombang politik tersendiri, namun akhirnya tenggelam serta kehilangan sokongan selepas satu atau dua pilihan raya.

“Bersatu berdepan risiko yang sama sekiranya gagal memperkukuhkan identiti dan kekuatan parti secara menyeluruh, terutama jika kehilangan sokongan Pas yang selama ini menjadi antara faktor utama kepada prestasi pilihan rayanya.

“Dalam sistem politik yang semakin kompetitif, sesebuah parti tidak boleh bergantung kepada pengaruh individu semata-mata, sebaliknya perlu mempunyai akar umbi yang kukuh, jentera yang mantap serta sokongan pengundi yang konsisten untuk terus kekal relevan,’ katanya.

Related Posts

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

TINDAKAN tegas termasuk pendakwaan terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diambil sebaik sahaja bukti mencukupi diperoleh, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK