Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

SHAH ALAM – Dakwaan tular mengenai sebuah kapal terbang yang kononnya tersadai berhampiran Sungai Kandis, Sungai Klang di Seksyen 36 di sini disahkan tidak benar.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan yang dijalankan pihak polis di lokasi berkenaan mendapati tiada sebarang pesawat seperti yang didakwa dalam hantaran media sosial tersebut.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai hantaran tular di Facebook itu kira-kira jam 11.55 pagi Ahad sebelum menjalankan operasi pengesanan dan pemeriksaan di kawasan yang dinyatakan.

“Pencarian telah dilakukan di sekitar lokasi berdasarkan koordinat yang dipaparkan dalam hantaran berkenaan.

“Hasil semakan mendapati tiada sebarang pesawat tersadai seperti yang disebarkan oleh pemilik akaun terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

Katanya, penyebaran berita palsu dan spekulasi boleh mencetuskan kegusaran serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada sumber rasmi sebelum berkongsi sebarang maklumat di media sosial,” katanya.

Related Posts

i-CATS University College perluas pendidikan tinggi pelajar luar bandar

SARATOK – Institusi pendidikan tinggi milik kerajaan Sarawak, i-CATS University College terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada pelajar luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kueh Lei Poh bersara wajib, Hanifah rakam penghargaan

MUKAH – Mantan Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh yang bersara wajib pada 17 April lalu diraikan dalam Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi pada Jumaat. Majlis berkenaan diadakan sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sirah Rasulullah panduan bina negara MADANI – PM Anwar

Sirah Rasulullah panduan bina negara MADANI – PM Anwar

i-CATS University College perluas pendidikan tinggi pelajar luar bandar

i-CATS University College perluas pendidikan tinggi pelajar luar bandar

Kueh Lei Poh bersara wajib, Hanifah rakam penghargaan

Kueh Lei Poh bersara wajib, Hanifah rakam penghargaan

Flat didakwa penempatan Rohingya di Sungai Tekali mula diroboh

Flat didakwa penempatan Rohingya di Sungai Tekali mula diroboh

UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40

UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding