Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

PUTRAJAYA – Malaysia harus terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran negara tidak boleh dibina atas dasar menolak mana-mana kelompok politik, sebaliknya mesti menghormati mandat rakyat dan realiti masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut beliau, walaupun landskap politik negara sering diwarnai perbezaan pandangan dan persaingan parti politik, hakikat kepelbagaian kaum dan budaya yang menjadi asas pembentukan negara tidak boleh dipertikaikan.

“Agak angkuh atau sombong untuk kita membuat keputusan menafikan hak mana-mana kaum, pimpinan kaum dan pimpinan parti untuk menyertai dan bersama dalam pentadbiran kerajaan.

“ Dalam sistem dan amalan demokrasi, kita mesti menghormati pilihan rakyat. Ini saya tegaskan kerana kadangkala dalam ketegangan dan kehangatan kempen politik, kadang-kadang ada keterlanjuran (kenyataan pimpinan politik).

“Saya harap itu keterlanjuran yang boleh diperbetulkan kerana ia tidak memberi mesej yang baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Komunikasi, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu ‘duduk semeja’ yang kini hangat dimainkan parti-parti politik menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, semua parti-parti politik dan masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia ini dipandu beberapa prinsip utama dalam Perlembagaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, pihaknya mahu dasar-dasar jelas itu tidak dipertikai dan semua pihak perlu memahami demokrasi dan menghormati pilihan rakyat.

“Pimpinan silih berganti tetapi kerangka dasar yang termaktub dalam Perlembagaan itu menjadi pegangan.

“Jadi soal siapa yang harus berdamping dengan kita, itu harus mewakili semua susuk pelbagai kaum, pelbagai agama, walaupun induknya majoriti kaum Melayu,” katanya.

Menerusi Islam, beliau memaklumkan, soal menghormati kepelbagaian itu adalah satu prinsip dan perlu ada toleransi.

“Kita semua ada sentimen pendirian peribadi kita, membesar dalam suasana yang tersendiri. Ia juga mempengaruhi pandangan tentang tasawwur atau tasawuf kita,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Jentera BN Johor menegaskan BN Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP jika diberi mandat semula untuk membentuk kerajaan negeri pada PRN itu.

Kenyataan Onn Hafiz itu kemudian dijawab sinis Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menjelaskan bahawa pendirian Menteri Besar Johor itu bercanggah dengan realiti kerjasama BN dengan DAP di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Related Posts

Jurutera arahan AI disasar di setiap NADI seluruh negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi mencadangkan satu inisiatif baharu bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera arahan kecerdasan buatan (AI) atau prompt engineer di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kementerian, agensi kerajaan diarah bertindak terhadap warga asing salah guna visa untuk berniaga

PUTRAJAYA – Pelbagai kementerian dan agensi diarahkan mengambil tindakan tegas serta menyeluruh bagi membanteras aktiviti perniagaan haram yang dijalankan warga asing serta penyalahgunaan visa dan lesen perniagaan tempatan. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gempa bumi Filipina: Kekal tenang, patuhi arahan pihak berkuasa – Hajiji

Gempa bumi Filipina: Kekal tenang, patuhi arahan pihak berkuasa – Hajiji

Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

Pasukan Bomba Sabah Timur pantau penempatan berisiko

Pasukan Bomba Sabah Timur pantau penempatan berisiko