Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu Penolong Penguasa Bomba, Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.46 petang dan sepasukan bomba digerakkan segera ke lokasi.

Kemalangan membabitkan sebuah lori dengan muatan tanah 10 tan dan sebuah SUV jenis Proton X50 yang dinaiki tujuh individu termasuk seorang bayi.

“Enam mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah dan dibawa ke hospital oleh pihak KKM,” katanya menerusi kenyataan.

Empat daripada mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27, Nora Mhd Husin, 55, Jamaliah Sannusi, 27, dan Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun serta bayi berusia enam bulan (belum dapat dipastikan jantina), turut meninggal dunia.

“Seorang lagi kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, mengalami cedera parah akibat kemalangan itu,” katanya.

Related Posts

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

ISKANDAR PUTERI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi isyarat bahawa “gelombang biru” berpotensi kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

BETONG – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas muncul juara keseluruhan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026 yang berlangsung meriah di Dewan Panglima Rentap pada Sabtu. Kemenangan itu membolehkan sekolah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM