Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

KUALA LUMPUR – Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim bersara daripada politik tidak menjejaskan sokongan pengundi Melayu terhadap DAP menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, DAP yang telah wujud selama enam dekad tidak bergantung kepada mana-mana individu dan mempunyai keupayaan untuk mengharungi pelbagai cabaran politik.

“Kami telah melalui pelbagai cabaran dan tiada seorang individu pun yang lebih besar daripada parti dan kami adalah parti untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Pemimpin datang dan pergi begitu dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, namun parti tetap kekal.

“Jadi saya tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa seorang individu mampu menjejaskan keseluruhan parti,” katanya kepada media selepas merasmikan pelancaran Dokumentari 60 Tahun Perjalanan DAP Wilayah Persekutuan, pada Ahad.

Menurut beliau, setiap parti politik berdepan cabaran dari semasa ke semasa, namun perkara itu tidak akan menghalang DAP daripada terus memperkukuhkan kedudukannya.

Sebelum ini, media melaporkan bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu, mengingatkan keputusan Marina boleh menjejaskan usaha parti itu.
Pada 31 Mei lalu, Marina mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya serta berundur daripada arena politik. selepas satu penggal menjadi wakil rakyat.

Related Posts

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Ruji Ubi sebagai Setiausaha PH Sabah yang baharu menerusi penstrukturan semula kepimpinan gabungan itu bagi memperkukuhkan organisasi menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor penentu hala tuju negeri,  kesejahteraan rakyat

PILIHANRAYA Raya Negeri (PRN) Johor merupakan platform penting untuk menentukan hala tuju masa depan negeri itu serta kesejahteraan rakyat dan bukan sekadar hanya menjadi medan persaingan politik Pengarah Komunikasi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM