Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

KUANTAN – Liga Rakyat Pahang 1st Piala Sultan Abdullah yang julung kali diperkenalkan menjadi platform baharu dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semula sukan bola sepak negeri ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, pelaksanaan liga berkenaan adalah selari dengan titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang mahu kegemilangan sukan bola sepak negeri ini dikembalikan.

Katanya, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan bola sepak daerah bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk melaksanakan liga berkenaan.

“Saya telah meminta persatuan-persatuan daerah ini untuk menyediakan sekurang-kurangnya 12 pasukan di daerah masing-masing untuk dilaksanakan liga di peringkat daerah sebelum pemenangnya nanti akan bertarung di liga peringkat negeri pula.

“InsyaAllah mereka tengah menyediakan pasukan-pasukan tersebut,” katanya, seperti dilapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Liga Rakyat Pahang Piala Sultan Abdullah di Stadium Darul Makmur, di sini, malam tadi.

Beliau turut menyeru rakyat Pahang mengambil peluang menyertai liga berkenaan yang ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri.

“Pemenangnya nanti akan mewakili daerah untuk bertanding di peringkat negeri yang mana johannya nanti bakal menjulang Piala Al-Sultan Abdullah bersama wang tunai RM40,000… satu angka yang besar, jadi saya menyerulah peminat-peminat dan pemain bola sepak agar mengambil peluang daripada pelaksanaan liga ini,” ujarnya.

Mengulas sambutan yang diterima, beliau berkata, kehadiran lebih 30,000 penonton pada majlis pelancaran tersebut membuktikan rakyat negeri ini masih mempunyai minat mendalam terhadap bola sepak.

“Kita tengok malam ini sendiri. Dah lama kita tidak rasa suasana sebegini. Kalau dalam ‘game’ yang sebelum ini, (kehadiran) sekitar 7,000 hingga 8,000 (orang) sahaja, tetapi kejadiran malam ini lebih 30,000.

“Sudah pasti suasana malam ini menyuntik semangat baharu dan membuka lembaran baharu kepada sukan bola sepak untuk Pahang itu sendiri,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu memaklumkan Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah itu dijangka akan mula dilaksanakan di peringkat daerah dalam tempoh dua minggu lagi dengan perlawanan akhir dirancang berlangsung pada penghujung Ogos depan.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang berusaha melaksanakan liga bola sepak bawah umur 19 tahun, 15 tahun, 12 tahun, 10 tahun dan lapan tahun di seluruh daerah di Pahang sebagai usaha memperkukuh pembangunan bakat di peringkat akar umbi.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun